Maajun Nenda Resepi Bidan Istana Viral Untuk Kesihatan Wanita | Assalamualaikum.
Maajun adalah salah satu ikhtiar para wanita untuk memperbaiki kesihatan dalaman dan luaran yang tidak seperti anak dara selepas mengandung dan bersalin. Ia adalah ikhtiar cara tradisi dari dahulu dan sekarang masih digunapakai lagi oleh masyarakat kita.
Bila sebut maajun je mesti secara automatik kita akan terbayang rasa herba yang yang kuat dan agak kurang selesa. Tetapi demi untuk kesihatan kita telan juga secara terpaksa. Betul tak? Awal-awal tu mungkin ok tapi lama-lama maajun pun jadi tukun sebab rasanya terlampau berherba.
Disebabkan maajun yang mempunyai rasa herba yang kuat, ramai yang memilih kepada pil-pil moden yang tidak rasa herba dan mudah ditelan. Namun mengikut orang-orang yang lebih tua, maajun lebih berkesan.
Maajun Nenda Resepi Bidan Istana Viral Untuk Kesihatan Wanita Masa Kini
Maajun atau dengan nama lain, jamu memang sangat popular di kalangan wanita yang sudah berkahwin dan yang sudah mempunyai anak. Ini kerana dengan pengambilan maajun yang konsisten ia sangat membantu dalam memperbaiki kesihatan luaran dan dalaman wanita. Malah ia akan membuatkan kita lebih awet muda tau!
Marsha juga amalkan pemakanan maajun ini, tetapi pilihan marsha ialah maajun sedap iaitu Maajun Nenda. Memang pelbagai maajun dijual dipasaran jadi kita perlu hati-hati dan bijak memilih supaya tidak tertipu. Mujurlah ada kawan yang memperkenalkan maajun nenda ini kepada Marsha. Ianya serasi dengan Marsha malah ianya tidak rasa herba dan sedap.
Paling best ianya resepi bidan istana yang viral dari tahun 1928 lagi! Ia dihasilkan dari 44 jenis herba, rempah ratus, daun dan akar semulajadi yang terpilih. Antaranya ialah Manjakani, Arabic Gum, Halia Bara, Jintan Manis, Jintan Putih, Kunyit Kering, Akar Serapat, Akar Sekecut, Daun Seena Maki, Bawang Putih, Akar Gajah Beranak, Akar Inai, Daun Pecah Periuk, Cabai Pulas dan Jemuju.
Kebaikan Maajun Nenda
- Membantu membuang angin dalam badan dengan cepat.
- Membantu mengecutkan peranakan.
- Membantu melawaskan pembuangan air besar tanpa sembelit.
- Mengenyangkan. (sesuai untuk diet)
- Membantu membentuk tubuh lebih langsing.
- Membantu mengetatkan, menegang dan menganjalkan rahim.
- Membantu menegang payudara dan pinggul.
- Badan jadi cergas dan ringan.
- Membantu menyihatkan badan dan otot-otot dalaman.
- Membantu mengeluarkan angin dalam badan.
- Membantu melancarkan perjalanan haid.
- Membantu hilangkan senggugut.
- Membantu hilangkan keputihan.
- Awet Muda dan kulit cantik. Bibir kemerahan.
- Membantu hilangkan lenguh badan.
- Membantu melancarkan peredaran darah.
- Membantu memperbanyakkan susu badan.
- Amat sesuai untuk ibu berpantang.
- Membantu meningkatkan libido.
Shopee: mynenda atau whatsapps 013-6483362
Cara Makan Maajun Nenda
Cara makan Maajun Nenda ini tidaklah rumit. Ianya dihasilkan secara homemade jadi sebelum makan kena pastikan tangan bersih & kering. Ini kerana untuk elakkan maajun dari mudah berkulat jika menyentuh dengan tangan yang tidak bersih. Ianya tidak mengandungi pengawet.
Dalam 1 botol Maajun Nenda mengandungi 3 boba besar dan setiap satu boba dibahagikan kepada 8 bahagian. Kemudian gentelkan menjadi bulat kecil dan terus boleh kunyah. Boleh juga ditelan dengan air tetapi kunyah lebih cepat kesannya nanti. Jadi satu botol setelah digentel akan mengandungi 24 biji.
Untuk Pertama Kali @ Begineer
Jika korang baru pertama kali mencuba maajun. Sebelum ini belum pernah cuba, korang hanya perlu amalkan Maajun Nenda sebiji sehari 30 minit sebelum sarapan.
Boleh juga kalau nak makan 2 kali sehari. Korang hanya bahagikan 1 boba kecil menjadi 2 bahagian. Amalkan waktu pagi dan petang.
Biasa Makan Maajun
Jika korang memang biasa makan maajun, korang boleh amalkan maksima 2 biji sehari. Amalkan 1 biji sebelum sarapan dan 1 biji sebelum makan malam.
Biasanya ia akan membuatkan kita kenyang dan bila makan kita akan makan tidak terlampau banyak. Boleh juga skip makan malam. Pastikan minum air putih cukup. Tips ini akan membantu turunkan berat badan jika amalkan secara konsisten.
Info & Tips Extra Turunkan Berat Badan
- Waktu terbaik minum cukup 8 gelas air: Selepas bangun tidur, 10 pagi, 12 tengahari, 2 petang, 4 petang, 6 petang, 8 malam dan 10 malam.
- Pakai Bengkung & Girdle untuk membentuk tubuh badan. Tak kisah brand apa, asalkan selesa dan boleh dipakai lama 5-8 jam sehari dan konsisten.
- Sapuan krim panas disebalik bengkung & girdle juga membantu meningkatkan pembakaran kalori kerana badan akan berpeluh.
- Cadangan Youtube untuk capai 4000 langkah sehari : Water mummy, Walk at Home, Reps to the Rhythm, Cardio Dance with Clau & Patty.
- Berhenti makan bila period tetapi jika masalah period boleh teruskan makan.
Dapatkan Maajun Nenda di Shopee Mynenda!
Korang boleh dapatkan Maajun Nenda melalui whatsapp atau nak senang boleh terus beli dekat shopee je. Korang akan dapat FREE booklet 48 days dan bekas penutup kuning serta extra gift lagi. Free shipping pula tu. Menarik kan?
Dapatkan di Shopee : mynenda atau whatsapps: 013-6483362
Selamat mencuba!
Part Time Blogger
Niche Lifestyle, Parenting, Healthy, Beauty & Travel
Collaboration & Review Blogger
2 Comments
kalau untuk sihat apa salahnya...teruskan saja moga dapat hasil yng terbaik
ReplyDeleteKalau sesuai dengan penerimaan badan, boleh teruskan. Makan maajun ni badan jadi ringan, rasa cepat je buat kerja rumah.
ReplyDeleteTerima kasih sudi tinggalkan komen. Moga dimurahkan rezeki semua. Tunggu saya terjah balik yer..:)