Sabun Mandian Legend Popinjay Kini Kembali Dengan Jenama Baru, Parrot Natural & Kekal Wangi Sehingga 8 Jam| Assalamualaikum
Copp!! Korang…pernah dengar tak dulu-dulu ‘Sabun Popinjay’? Rasanya kalau korang lahir baya Marsha tahun 80an mesti pernah dengar dan lihat kan? ‘Sabun Popinjay’ dulu memang sangat femes sebab semua rumah mesti ada ‘Sabun Popinjay’ ni.
Dari jauh kalau nampak sabun mandi buku pakaging hijau depan dia ada gambar parrot memang tahu dah tu ‘Sabun Popinjay’. Kalau tengok dalam bilik air tanpa pakaging pun memang dari jauh kenal. Betul tak? Kita geng!!!
Sabun ni memang glemer dulu sebab ia sangat wangiiii! Sebab tu setiap rumah memang ada sabun ni. Ingat lagi dalam salah satu dialog antara Awie sebagai Hussin dan Ava Vanjaa sebagai Ayu dalam filem Hantu Kak Limah Balik Rumah,
Eh, wanginya....ko pakai sabun popinjay ke?
‘Sabun Popinjay’ memang sangat legend sampai dalam filem pun ia masih disebut-sebut. Bila dah mula jadi isteri & mak-mak ni dah banyak jenama lain dan lama tak jumpa ‘Sabun Popinjay’ ni. Tapi Marsha dah jumpa korang! Dah rebranding dan variasi produk lebih banyak. Jadi..jom lah kita tengok..eksaited ni!
Sabun Popinjay Kini Kembali Dengan Jenama Baru, Parrot Natural
Seriously…dulu Marsha hanya tahu kewujudan ‘Sabun Popinjay’ ni sebab ia memang ada di setiap rumah dan memang bau dia sangat wangi. Tambahan pula Marsha memang membesar di Kelantan jadi memang senang nak jumpa. Kalau korang nak tahu, ‘Sabun Popinjay’ ini adalah produk dari negara jiran, Thailand.
Dari Popinjay ke Parrot Natural
Rupanya sekarang ni ia masih ada di pasaran dan telah rebranding dengan jenama baru, PARROT NATURAL. Ia masih mengekalkan gambar ‘parrot’ tau korang. So memang dari jauh memang nampak ‘trademark’ yang legend tu. Cuma pakaging lebih update dan ceria.
Kalau dulu kita hanya nampak sabun buku hijau thailand je kan? Tapi rupanya ia ada banyak variasi. Ada pelbagai jenis sabun dengan wangian yang berbeza tapi semuanya sangat wangi! Memang suka sangat sebab satu rumah semerbak bau wangi ni. Korang tengok lah ni…
Rangkaian Parrot Botanicals |
Jika dulu sabun mandian terdiri dari variasi KLASIK, yang digemari oleh majoriti pengguna lelaki dan wanita berumur 35 tahun keatas. Sekarang ni PARROT NATURAL telah mengeluarkan sabun mandian EDISI PASTEL pula dan ia digemari oleh pengguna wanita yang lebih muda, berumur 35 tahun ke bawah kerana bau yang lebih lembut dan lebih moden. Nampaknya PARROT NATURAL mengikut peredaran zaman moden masa kini. Sangat mengagumkan!
Kalau korang nak tahu ia dah lama berada di pasaran sejak 70 tahun dahulu dari asalnya jenama POPINJAY kini ke PARROT NATURAL. Memang kagum sangat sebab ia antara produk hebat yang bertahan lama di pasaran. Jenama ini menjadi kebanggaan negara mereka sendiri iaitu Thailand sehingga dianugerahkan sebagai penerima ‘Premium Product of Thailand Award’ dalam kategori beauty & personal care dari menteri industri mereka.
Haruman Botani Thai Yang Unik Dengan Minyak Herba Tradisional
Rangkaian Parrot Botanicals ini memfokuskan hasil keunikan haruman botanikal Thai yang utama di sana. Ia digabungkan dengan minyak herba tradisional dan hasilnya sangat unik.Kesegaran No 1 Botanikal Thai Asli
Haruman asli botanikal Thai memang sangat wangi dan menyegarkan. Itu sebab ia menjadi lambang kebanggaan negara Thailand. Marsha memang suka bau wangi tahan lama tanpa pewangi. Ianya lebih semulajadi. betul tak?
Variasi Sabun Mandian Parrot Botanicals Edisi Klasik & Edisi Pastel yang Memukau
PARROT NATURAL menawarkan 6 variasi sabun mandian Parrot Botanicals edisi klasik dan 3 variasi sabun mandian Parrot Botanicals edisi pastel. Edisi klasik ialah Thai Botanical & Herbs ( best seller), Sweet Pink Roses, Thai White Jasmine, Floral, Scented Wood dan juga Fragipani dan edisi pastel pula terdiri dari White Sakura, Lily Peach dan White Thanaka.
Jadi kali ini Marsha fokuskan 5 variasi edisi klasik dan edisi pastel yang berada di pasaran Malaysia. Jom kita tengok 5 variasi yang hebat ni:
Rangkaian Sabun Mandian Parrot Botanicals |
#1 Thai Botanical & Herbs
Sabun mandian Thai Botanicals & Herbs ni memang semestinya No. 1 Best Selling berbanding variasi lain sebab ianya memang legend dari dulu dan menjadi kegemaran dari dulu lagi. Mengandungi wangian botanikal thai yang unik dengan minyak bunga cengkih dan Citronella Oil.
#2 Thai White Jasmine
Mengandungi bau manis yang wangi Thai Jasmine ( Bunga Melati Thai) dan ia juga mengandungi estrak asam jawa (Tamarind) yang memanjakan kulit kita.
#3 Sweet Pink Rose
Dari warna pakaging dia pun memang dah nampak ia mewakili bunga ros yang wangi. Ia mengandungi haruman yang romantik dari bunga ros. Ia memanjakan kulit dengan bau ros dan juga Aloe Vera.
#4 White Sakura
Edisi pastel yang kandungannya kaya dengan white Sakura yang segar dan lembut. Kulit akan jadi lebih lembut , lebih cerah dan merah jambu secara semulajadi.
#5 White Thanaka
Juga dalam rangkaian edisi pastel. Segar dengan haruman ‘White Tanaka’ untuk kulit lebih cerah dan wangi lebih lama.
Kini Ada Variasi Krim Mandian Edisi Klasik & Edisi Pastel
Bukan sahaja sabun mandian, tapi kini PARROT NATURAL ada krim mandian juga tau! Jadi korang boleh je pilih nak guna sabun mandian ataupun krim mandian. Yang pastinya semuanya wangi korang. Serius tak tipu aihhh…hihi
Rangkaian Krim Mandian Parrot Botanicals |
Krim mandian ada 6 variasi edisi klasik & edisi pastel iaitu Thai Botanical & Herbs, Sweet Pink Roses, Thai White Jasmine, White Sakura, White Thanaka dan Lily Peach Cool. Tapi kali ini Marsha hanya kongsikan 3 variasi yang berada di pasaran Malaysia.
#1 Thai Botanical & Herbs
Adalah bauan ‘Parrot’s Signature’ yang sangat indah. Hasil gabungan botanikal Thai yang jarang ditemui. Ia menyegarkan kulit dan tahan wangi lam sehingga 8 jam.
#2 White Thanaka
Krim mandian ini menyegarkan kulit dengan sentuhan ‘White Thanaka’ untuk kulit lebih lembut, cerah dan wangi sehinggan 8 jam lamanya.
#3 White Sakura
Harumannya bertahan sehingga 8 jam. Ia mempunyai bauan yang menyegarkan dan diselitkan dengan ramuan yang berkhasiat dan semulajadi untuk kulit lebih merah jambu.
Marsha Jatuh Cinta Dengan Rangkaian Mandian Parrot Botanicals
Betul! Marsha dah mula jatuh cinta dengan rangkaian mandian Parrot Botanicals ni. Apa tak nya. Selain dari harumannya yang sangat wangi, ia juga melembutkan dan menyegarkan kulit Marsha.
Tak kira sabun mandian ataupun krim mandian, buihnya sangat banyak dan meriah. Tak perlu guna banyak pun. Kulit pun nampak ‘pinkish’ dan lebih lembap. Gabungan haruman botanikal thai dan minyak herba tradisional memang sangat bagus hasilnya.
Bila keluar pun lebih yakin sebab ia kekal wangi sehingga 8 jam. Kalau berpeluh pun dah tak perlu risau nak sembur pewangi. Marsha lebih suka wangi secara alami.
Dapatkan Rangkaian Mandian Parrot Botanicals di Shopee Je!
Ye korang! Semua yang Marsha kongsikan ni dah ada di pasaran tau! Korang boleh je dapatkan dimana-mana hypermarket, drugstore, supermarket,kedai serbaneka dan juga kedai runcit berhampiran korang.
Kalau nak lebih mudah korang grab je melalui aplikasi Shopee. Lagi mudah. Klik klik dan bayar terus sampai depan rumah tanpa keluar betul tak?
Nak dapatkan di Shopee boleh terus klik
Sabun Mandian Parrot Botanicals: https://shp.ee/2ydgcjj
Krim Mandian Parrot Botanicals: https://shope.ee/aIomqOOn
Untuk maklumat lanjut, korang boleh rujuk pautan dibawah Ok!
Instagram Parrot Natural :
Instagram Vitamedia:
Facebook Parrot Natural Malaysia :
#ParrotNatural #ParrotNaturalMalaysia #ShowerCream #Soap #Imported #Thailand #VITAMDEDIA
Marsha
Part Time Blogger
Niche Lifestyle, Parenting, Healthy, Beauty & Travel
Collaboration & Review Blogger
3 Comments
Popinjay lama sunggih tak dengar nama sabun ini...masa budak-budak dulu selalu pakai
ReplyDeleteDah tukar nama rupanya. Dulu suka guna sabun ni.
ReplyDeletenice info!! can't wait to your next post!
ReplyDeletevisit mine: muhammad solehuddin https://uhamka.ac.id/
Terima kasih sudi tinggalkan komen. Moga dimurahkan rezeki semua. Tunggu saya terjah balik yer..:)