Cara Betul Pakai Sunscreen yang Korang Patut Tahu

Cara Betul Pakai Sunscreen yang Korang Patut Tahu | Assalamualaikum. Pemakaian sunscreen jangan dipandang remeh. Dengan UVA dan UVB dari matahari dan juga gadget yang sangat banyak, ianya sangat penting untuk kulit lebih sihat tak kira lelaki atau wanita. Lebih tepat lagi kesan UV akan menyebabkan kulit mengalami masalah penuaan awal dan juga sunburn. Ia akan hilangkan keyakinan kita jika kulit kita bermasalah.

Untuk mencegah masalah penuaan awal (photoaging) dan sunburn, solusinya ialah dengan memakai sunscreen konsisten setiap hari. Sebenarnya umur yang sesuai menggunakan sunscreen ini ialah bayi seawal 6 bulan. Tetapi kulit bayi dan kanak-kanak masih muda dan pertumbuhan sel sel kulit baru masih cepat berbanding orang dewasa.

Cara Betul Pakai Sunscreen yang Korang Patut Tahu

Masa umur Marsha masih remaja, Marsha kurang peka dengan pentingnya pemakaian sunscreen kerana pada masa itu kulit Marsha tidak mudah sunburn walaupun berkawad di padang kawad berjam-jam lamanya. Kalau sunburn pun, kulit akan pulih seperti sediakala dalam tempoh yang singkat.

Bila umur semakin meningkat, bukan setakat sunburn tetapi Marsha mengalami masalah keradangan kulit jika berjemur dibawah matahari walaupun sekejap. Ini amat membimbangkan Marsha dan Marsha membuat keputusan untuk mengamalkan pemakaian sunscreen dengan konsisten setiap hari demi untuk memelihara kulit.

Kulit Marsha yang mudah keradangan bila buat aktiviti luar



Bagaimana Memilih Sunscreen?

Marsha pernah mencuba beberapa jenama sunscreen, tapi sudahnya kulit menjadi gatal dan masalah keradangan kulit tidak selesai. Ada juga yang meninggalkan 'white cast' atau bercapuk dan tekstur yang agak berat membuatkan kulit tidak selesa dan seperti kulit tidak dapat bernafas dengan normal. Juga ada yang membuatkan kulit Marsha jadi berminyak. Rupanya kita kena kaji dulu kesesuaian sunscreen dengan kulit kita. Tak beerti sunscreen tersebut tidak bagus. Cuma salah pemilihan dengan kesesuaian kulit.

#1 Mengikut Kesesuaian Kulit


Realitinya tak semua sunscreen sesuai dengan kulit kita kerana kulit kita sendiri ada pelbagai jenis. Ada yang mempunyai kulit berminyak, kulit kering, kombinasi dan juga kulit sensitif. Jadi sebelum membeli dan mencuba sunscreen, kita perlu tahu apa jenis kulit kita dahulu.

Ada juga sunscreen yang dirumus khas untuk semua jenis kulit. Jadi pada pendapat Marsha, sunscreen yang sesuai untuk semua jenis kulit termasuk kulit sensitif lagi baik dan lebih berbaloi. Paling penting pastikan sunscreen tersebut melembapkan kulit, tidak berminyak, tidak melekit jadi ia lebih selesa digunakan sepanjang hari.

#2 Mengandungi Sekurangnya 30 SPF Keatas

Untuk pengetahuan korang, SPF membantu untuk melindungi kulit daripada UVB yang menyebabkan masalah kulit dan bila tak diambil berat ia akan menjadi penyakit kulit. Mesti korang sudah biasa dengar atau lihat pada kotak nombor-nombor SPF, tapi apakah maksud sebenar nombor-nombor SPF ni?Nombor-nombor SPF merupakan peratus sekatan terhadap sinaran UVB pada kulit. Jom kita tengok beberapa pecahan SPF:

  • SPF 15 menyekat 93 % sinaran UVB
  • SPF 30 menyekat 97 % sinaran UVB
  • SPF 50 menyekat 98% sinaran UVB
  • SPF 100 menyekat 99% sinaran UVB

Untuk kesan yang lebih baik, dicadangkankan memilih sunscreen yang mengandungi SPF 30 dan keatas.

#3 Mengandungi PA+++ Ke atas

Fungsi PA adalah untuk melindungi kulit daripada terbakar. Dengan iklim dan cuaca di negara kita yang panas dan lembap serta kulit banyak terdedah dengan cahaya matahari, pilihan PA+++ atau PA++++ lebih sesuai untuk melindungi kulit.

Aloe Vera Sunscreen SPF50+ PA+++ Hansaegee Nature Pilihan yang Sangat Sesuai





Marsha memilih  Aloe Vera Sunscreen SPF50+ PA+++ Hansaegee Nature setelah mempertimbangkan 3 cara memilih sunscreen diatas. Disebabkan Marsha mempunyai kuli kombinasi dan sensitif, Aloe Vera Sunscreen SPF50+ PA+++ Hansaegee Nature sangat tepat kerana ianya sesuai untuk semua jenis kulit. Jadi tak perlu risau.

Selain itu juga Aloe Vera Sunscreen SPF50+ PA+++ Hansaegee Nature mempunyai kelebihannya tersendiri:





  1. Perlindungan Matahari (UVA & UVB) - Dengan SPF50+ PA +++ membantu melindungi kulit dari terbakar dan punca kepada masalah kulit.
  2. Melegakan Kulit (Calming Skin) - Aloe Vera yang ada dalam kandungan Aloe Vera Sunscreen SPF50+ PA+++ Hansaegee Nature membantu mengurangkan keradangan dan iritasi pada kulit yang sentitif dan membantu kulit lebih sihat
  3. Melembabkan Kulit - Mengandungi Glycerin dan Aloe Vera yang dapat membantu kulit jadi lebih lembut, lembap dan dapat juga mencerahkan kulit
  4. Bebas Minyak dan Tekstur Ringan - Tidak melekit, tidak berminyak, mudah menyerap dalam kulit. Mudah diblend dengan mengunakan jari sahaja dan kulit wajah nampak lebih segar.
  5. Sebagai Based Make up - Unik kan? Dah tak perlu beli produk based make-up dah sebab ia boleh dijadikan sebagai based make up. Terus boleh make-up.
  6. Tidak Bercapuk - Biasanya kalau pakai sunscreen, kulit akan nampak agak bercapuk tetapi dengan Aloe Vera Sunscreen kulit lebih nampak natural dan tidak bercapuk.




Jam 7 pagi...tak Nampak bercapuk pun


Balik kerja 6 petang masih steady


Cara Betul Pakai Sunscreen

Pemakaian sunscreen yang tidak betul akan memberikan kesan yang tidak ketara atau tidak ada perubahan langsung. Jika korang mahukan kesan maksimum dengan pengunaan sunscreen ini, korang kena ikut tips ini:

#1 Kuantiti


Untuk coverage yang terbaik, anda perlu 2 jari sunscreen untuk coverage yang maksima pada kulit korang. Memang biasanya orang yang bukan jenis make-up akan rasa kurang selesa untuk letak banyak-banyak. Tapi sebenarnya jika kita pakai sunscreen tidak seperti yang dicadangkan, kita tak akan dapat benefit yang kita mahu.





#2 Waktu yang sesuai

Bukan sahaja makan perlu waktu tertentu, pemakaian sunscreen juga perlu waktu yang sesuai. Sunscreen perlu diratakan pada kulit 15-30 minit sebelum kulit kita terdedah dengan Cahaya matahari.

Pemakaian sunscreen 15-30 minit lebih awal akan memberi masa susnscreen bertindak sebagai lapisan perlindungan kulit.


Re-apply sunscreen.

Ramai yang salah faham dengan cara pemakaian sunscreen. Ramai yang ingat hanya perlu pakai sunscree sekali sehari sahaja. Sebenarnya sunscreen bukan setakat pakai sekali je dan korang dah setel. Kalau korang nak tahu, sunscreen perlu disapu setiap 2 jam. Terutamanya lepas keluar dari air, bila banyak berpeluh, dan bila kita lap muka dengan tuala. Ini kerana sunscreen akan mudah hilang dari kulit kita terkena peluh, air ataupun setelah dilap.






Aloe Vera Sunscreen SPF50+ PA+++ Hansaegee Nature Mempunyai Tekstur yang Sangat Ringan

Marsha ikut semua cara betul pakai sunscreen ni. Dengan Aloe Vera Sunscreen SPF50+ PA+++ Hansaegee Nature, Marsha tak rasa rimas sebab tekstur  Aloe Vera Sunscreen SPF50+ PA+++ Hansaegee Nature sangat ringan. 

Paling best walaupun berjemur tengah panas matahari, kulit Marsha sudah tidak mengalami masalah keradangan seperti sebelum ini. Walaupun tekstur Aloe Vera Sunscreen SPF50+ PA+++ Hansaegee Nature ringan tetapi hasilnya memang memuaskan hati Marsha sebagai pengguna.



Kalau korang nak tengok testimoni dan juga maklumat produk-produk Hansaegee Nature korang boleh rujuk maklumat dibawah ok!





🍁Brand:
Hansaegee Nature


🍁Website:


🍁IG page:


🍁FB page:


🍁Youtube page:







Marsha 
Part Time Blogger 
Niche Lifestyle, Parenting, Healthy, Beauty & Travel 
Collaboration & Review Blogger

1 Comments

  1. nice sharing..dan ramai juga sebenarnya yang tak ambil kisah bab pemakaian sunscreen ni kan

    ReplyDelete

Terima kasih sudi tinggalkan komen. Moga dimurahkan rezeki semua. Tunggu saya terjah balik yer..:)

Subscribe Us