Rangkaian Jenama Carina Kini Memperkenalkan 4 Siri Produk Kegunaan Seisi Keluarga

Rangkaian Jenama Carina Kini Memperkenalkan 4 Siri Produk Kegunaan Seisi Keluarga | Assalamualaikum. Penggunaan tisu kini menjadi altternatif selain menggunakan kain untuk proses membersih dan mengelap. Ini kerana penggunaan tisu lebih praktikal dan juga mengelakkan dari pengumpulan bakteria pada kain lap jika jarang dibersihkan dan di rendam dengan air panas untuk mencegah bakteria yang mungkin akan berkumpul.

Walaupun di mata kasar bersih tetapi sebenarnya bakteria boleh membiak dengan cepat dan akan menyebabkan penyakit. Jadi penggunaan tisu amatlah relevan. Selain mudah digunakan, ia juga menjimatkan masa dan tidak memerlukan masa untuk pembersihan. Ini akan mengurangkan beban seisi rumah terutamanya ibu-ibu yang memastikan dapur sentiasa bersih selepas memasak.

Pengunaan tisu tidak hanya terhad di dapur sahaja. Zaman kini, pelbagai jenis tisu telah dihasilkan untuk memenuhi keperluan seisi rumah. Selain tisu dapur, juga ada tisu basah, tisu dan juga 'facial cotton' untuk membersihkan mekap ataupun kulit wajah. Kali ni Marsha nak kongsikan dengan korang pelbagai rangkaian Tissue Malaysia jenama Carina.

Carina Memperkenalkan 4 Siri Produk Kegunaan Seisi Keluarga






Carina adalah jenama produk berasaskan tissue yang dikenali hingga kini. Carina telah memperkenalkan 4 siri produk kegunaan seisi keluarga iaitu:

  1. Penjagaan Kecantikan (Beauty Care) – Siri Tisu Kering Carina diperbuat daripada 100% PURE VIRGIN PULP untuk memastikan kebersihannya, menjadikan ia lembut dan selamat digunakan pada kulit, termasuk kulit sensitif, dan Siri Kapas yang diperbuat daripada 100% PURE COTTON yang sesuai untuk kegunaan kecantikan kerana ia bersifat hypoallergenic dan tidak akan menyebabkan iritasi dan kerosakan kulit kerana kapas yang digunakan adalah bahan semula jadi yang asli.
  2. Penjagaan Bilik Mandi (Toiletries Care) – Tisu Bilik Mandi dengan 3 lapisan, menjadikan ia lebih kuat dan lembut untuk digunakan.
  3. Peralatan Dapur (Kitchenware) - Siri Tisu Dapur kami menjadikan permukaan dapur dan peralatan bersih, berkilat dan bebas calar. Ia membantu membersihkan kaunter dapur dan peralatan serta menyental tumpahan cecair.
  4. Penjagaan Kesihatan (Health Care) – Siri Tisu Basah kami mengandungi 99% air, bebas paraben yang tidak menyebabkan sensitiviti kulit dan alahan.



#1 Carina Dry Tissue



Rangkaian tisu Carina (Carina Dry Tissue) didatangkan dalam pelbagai saiz, daripada pembungkusan yang kecil kompak yang boleh kita bawa dalam handbag kecil je sehingga yang lebih besar. Ini menjadikannya sesuai untuk digunakan oleh individu dan juga seisi keluarga. 

Pembungkusan sederhana besar, Carina Handkerchief Tissue menjadikannya ideal dan sesuai untuk kegunaan harian. Sementara itu, Carina Wallet Tissue dengan pembungkusan yang mengikut trend masa kini yang membolehkan kita anggap sebagai on-the-go wallet atau dompet harian kita.

#2 Carina Kitchen Towel

Siri Tisu Dapur Carina juga dihasilkan dari 100% Pure Pulp dan ianya tahan lasak walaupun penggunaan ia agak lasak. Dijual dalam pek 2 roll dan setiap roll ada 60 helai.




Ianya berkonsep bebas calar, jadi tak perlu risau waktu menyental minyak di dapur kerana ia tidak meninggalkan kesan calar. Ia juga menyerap minyak dan juga cecair dengan baik. Tak mudah koyak semasa penggunaannya.

Selain mengelap kekotoran, ia juga boleh digunakan untuk mengelap pinggan mangkuk atau gelas yang selesai dibasuh. Lebih cepat kering.


#3 Carina Cotton Set


Rangkaian Carina Cotton pula juga diperbuat daripada kapas asli, lembut, tahan lasak dan mempunyai kadar penyerapan yang tinggi sesuai untuk kegunaan peribadi dan juga penjagaan bayi. Rangkaian produk cotton yang luas daripada Carina ini dapat memenuhi keperluan harian anda untuk mengamalkan gaya hidup yang lebih baik, bersih dan sihat.

Produk yang ada dalam rangkaian ini ialah 'cotton bud' dan juga facial cotton. Bahagian atas dan bawah Cotton Bud adalah di hasilkan dari 100% Pure Cotton atau kapas asli cotton malaysia yang selamat untuk kegunaan serta berkualiti tinggi. Datang dalam dua pek di pasaran sama ada 3 pek dalam satu set 160 batang atau pun dalam bekas plastik 400 batang.




Facial Cotton pula diperbuat daripada 100% Pure Cotton atau kapas asli, dengan kelembutan ultra serta bebas dari serabut. Ia digunakan untuk menanggalkan solekan, pembersih wajah, losyen dan krim di wajah secara hygienic. 

#4 Carina Wet Wipes

Dirumah Marsha memang wet wipes menjadi keperluan yang penting. Ini kerana Marsha ada anak-anak yang masih kecil dan Marsha gunakan wet wipes ni untuk bersihkan bahagian yang penting seperti tangan dan juga bahagian muka. Walaupun di dalam rumah, Marsha masih pentingkan kebersihan anak-anak seharian.




Marsha sangat suka dengan tekstur Carina Wipes yang lembut dan ia mengandungi 99% air. Memang sangat sesuai digunakan untuk pembersihan dan pembasmian kuman bagi menanggalkan kotoran atau cecair dari kulit atau permukaan. Paling penting ianya BEBAS PARABEN.

Serba Sedikit Tentang Latar Belakang Carina


Carina, jenama yang tak asing lagi dari 13 tahun dahulu. Carina telah ditubuhkan pada tahun 2009 sebagai pengeluar tisu pertama Malaysia bagi memenuhi permintaan pengguna. Penghasilan tisu Carina yang menggunakan hanya 100% pulpa dara dan 100% kapas tulen asli membolehkan Carina memberikan pengalaman keselesaan kepada orang ramai disamping mengekalkan standard kualiti produk.


Produk Carina adalah pilihan terbaik untuk mereka yang berkulit sensitif kerana produk yang dihasilkan tidak mengandungi sebarang komponen kitar semula sekaligus bukan sahaja menjadikannya lembut pada kulit malah ia juga tahan lasak.

Produk Carina dihasilkan bersesuaian dengan keperluan penduduk Asia Tenggara yang terkenal dengan pulau-pulau yang indah, restoran ternama, masakan yang lazat dan pedas serta pelbagai budaya. Dengan iklim subtropika yang lembap di rantau ini.

Carina percaya tisu berkualiti tinggi adalah penting dan sangat berguna kerana ia lebih bersih, mudah dan mesra keluarga, serta untuk kegunaan sendiri. Selain itu, tisu Carina juga mesra alam kerana ia larut dalam air, melindungi bukan sahaja pengguna tetapi juga alam sekitar.

Bertempat di Lembah Klang, Malaysia, produk Carina dihasilkan dan diedarkan di seluruh Malaysia terus kepada pengguna. Oleh itu, di sebalik kualiti produk Carina yang baik, harganya turut berpatutan untuk setiap lapisan masyarakat.

Di Manakah Boleh Dapatkan Produk Carina?




Korang boleh dapatkan produk Carina di pasaraya mahupun atas talian (Online). Aeon Big, Aeon Wellness, Econsave, Mydin, NSK, Hot Mart dan farmasi adalah beberapa peruncit luar talian. Buat yang gemar beli secara online korang juga boleh mendapatkan Carina menerusi platform e-dagang rasmi mereka melalui Shopee & Lazada dan produk akan dihantar terus di depan pintu rumah anda! Sangat mudah!





Nak tahu dengan lebih detail lagi nak dapatkan produk Carina dimana? Meh Marsha kongsikan melalui senarai dibawah:


OFFLINE

  • Aeon Big,
  • Aeon Wellness,
  • Econsave,
  • Mydin,
  • NSK,
  • Ascen+ Pharmacy,
  • MiX Store,
  • PotBoy Groceries,
  • C-Mart Penang, Kedah, Perlis
  • Ceria 99 Penang, Kedah, Perak
  • Family Stores Seremban
  • Family Stores Melaka
  • Oppa Mart Melaka & Seremban
  • Nirwana Maju Johor, Pahang, Terengganu, Kelantan
  • Target Supermarket Johor
  • Song Mart Malaysia Johor
  • Pasaraya Hwa Thai Johor


ONLINE


  



LIMITED EDITION 'We Care We Love Bag'


Cantik tak Limited Edition 'We Care, We Love' Bag ni? Korang boleh memilikinya dengan pembelian minimum RM40 dan keatas produk Carina. Memang cantik! Korang wajib ada! 

Sempena Kempen "We Care, We Love" ini, CARINA 2023 berazam untuk bergerak ke hadapan mengikut peredaran zaman dan terus maju selepas pandemik. Kempen ini menggalakkan kesedaran kebersihan, mewujudkan persekitaran yang sihat dan mengurangkan pencemaran

Kempen "We Care, We Love", adalah simbolik yang menyatakan bahawa Carina menghasilkan produk berkualiti tinggi akan mempengaruhi dan menghasilkan penjagaan dan kasih sayang yang lebih baik untuk keluarga. #CarinaCares terhadap semua.




Jom sama-sama kita meraikan kempen ini bersama-sama dengan mendapatkan set Gift Box yang mengandungi pelbagai produk Carina seperti dibawah:



Ada lagi suprise untuk korang tau! Di dalam Gift Box mengandungi baucer Shopee bernilai RM5 dan juga Suprise AngPao. Jadi korang berpeluang memenangi sehingga RM88 TNG e-wallet











Korang boleh dapatkan Carina Gift Box di pasaraya AEON Big terpilih, Mix Outlet di IOI City Mall, Hot Market di Berjaya Time Square atau di Tong Hup Trading di Melaka pada harga promosi hanya RM29.90 ( N.P RM35 ) atau korang boleh dapatkan secara online di Shopee dan Lazada.




Untuk pengetahuan korang juga Carina Gift Box Set TIDAK termasuk Carina Kitchen Roll tau. Ia boleh dibeli secara berasingan di pasaraya berhampiran atau secara online.


Jom Menangi Sehingga RM45000 Dalam Peraduan Review & Win



Alang-alang korang dah beli tu jangan lupa join peraduan Carina Review & Win ok! Korang berpeluang memenangi hadiah bernilai sehingga RM45,000 menanti 300 pemenang untuk 3 CARINA Cash Voucher setiap satu.

Jadi jumlah semua 100 pemenang untuk *MENANGI 3 bulan Bekalan Rumah setiap bulan dan voucher berjumlah bernilai RM 150 / Pemenang.

Cara MENYERTAI:


1. Muat naik Foto/VIDEO Ulasan pengalaman anda dengan MANA-MANA produk siri CARINA di Facebook/Instagram/ Tiktok

2. Beritahu kami sebab anda akan mengesyorkannya & tag @CARINA rasmi Facebook / Instagram / Tiktok

3. Hashtags #MYCarina #WeCareWeLove (pastikan post korang public).

*Tertakluk pada terma dan syarat

Tempoh Peraduan: Sehingga 30 April 2023

All The Best Korang!

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut, korang boleh terus hubungi Carina melalui wangzhengcarina@gmail.com. Jangan lupa ikuti Carina Malaysia di platform online untuk perkembangan terkini, info-info kesedaran kebersihan dan pengumuman menarik yang lain.
#MildAndGentle #comfortable #pure #SoftAndTender #CarinaMalaysia #CarinaCares #HealthyTissue #VITAMEDIA #CARINA #WeCareWeLove#beautytissue #BetterLife #CarinaMY #MYCarina #Tissue #CarinaTissue #handkerchieftissue #handkerchief #VirginPulp #PurePulp #Wallettissue #CarinaLavender #CarinaGreentea #CarinaRose #CarinaEveryday #CarinaPure #CarinaCaringLife #CarinaForAll #BetterwithCarina #CarinaFamily #Carina100natural #CarinaNature


Marsha 
Part Time Blogger 
Niche Lifestyle, Parenting, Healthy, Beauty & Travel 
Collaboration & Review Blogger

4 Comments

  1. Pertama kali Sally nampak tisu jenama Carina, Sally tertarik dengan pembungkusan yang menarik berwarna ungu dengan pokok bunga Lavender. I is tak boleh tgk purple kalerrr~ hahaha

    ReplyDelete
  2. bestkan tisu dia.. tebal lembut jeee

    ReplyDelete

Terima kasih sudi tinggalkan komen. Moga dimurahkan rezeki semua. Tunggu saya terjah balik yer..:)

Subscribe Us