Tolong Beli : Bantu Beli Barang di Tokopedia Indonesia Ke Malaysia

Tolong Beli : Bantu Beli Barang di Tokopedia Indonesia Ke Malaysia | Assalamualaikum. Pembelian online atau E-Dagang zaman kini telah menjadi trend di kalangan semua rakyat Malaysia termasuklah Marsha. Kita tak perlu membuang masa dan sebenarnya lebih jimatkan wang untuk mendapatkan pelbagai keperluan dari keperluan rumah sehinggalah penghantaran makanan. 

Pembelian online ini semakin menjadi pilihan ramai rakyat Malaysia semenjak PKP dan sehingga kini. Ini bermakna semakin hari semakin banyak syarikat yang beralih kepada pembelian online. Bukan sahaja kita boleh dapatkan barangan di Malaysia dengan cepat, malah kita juga boleh dapatkan barang yang kita perlukan dari negara seberang seperti Indonesia ala ala shopee indonesia, Tokopedia Indonesia dan juga Bukalapak.

Betul ada! Marsha pun pertama kali ni tahu rupanya di Malaysia ni ada servis tolong beli barang Indonesia ke Malaysia. Korang boleh dapatkan pelbagai barangan pilihan korang dari Indonesia yang  susah nak dapatkan di Malaysia seperti makanan, hobby item, kosmetik, sparepart automotive dan sebagainya boleh gunakan servis Tolong Beli.

Mengenai tolongbeli.com.my

Tolong Beli merupakan servis perkhidmatan yang ditawarkan oleh syarikat yang bantu buat pembelian item dari Indonesia Marketplace dengan kadar upah yang sangat berpatutan.  Mereka telah gelarkan diri mereka sebagai Tokopedia Malaysia, Shopee Malaysia dan Bukalapak Malaysia.




Syarikat Tolong Beli ini telah berdaftar dengan SSM (Suruhanjaya Syarikat Malaysia) dengan nama TOLONGBELI DIYMAN RESOURCES dengan NO. PENDAFTARAN : 202003229276. Mereka memang trusted. Korang boleh semak laman web utama SSM untuk lebih jelas.

Tolong Beli ini ditubuhkan bertujuan untuk memberikan servis terbaik antara 2 buah negara jiran iaitu Malaysia dan juga Indonesia terutamanya membantu memudahkan pembelian barangan dari Indonesia ke Malaysia dan sebaliknya dengan kadar berpatutan. Mereka juga membantu dalam urusan penghantaran samada penghantaran melalui laut atau udara.

3 Sebab Utama Marsha Berminat Dengan Servis Tolong Beli


#1 Mudah Beli Barang Indonesia Dari Rumah

Walaupun di Malaysia kita sudah ada platform membeli belah online seperti Shopee Malaysia, Lazada Malaysia, PG Mall, Presto dan banyak lagi. Di Indonesia juga ada platform sepertimana di Malaysia iaitu Shopee Indonesia, Lazada Indonesia, Tokopedia Indonesia, Bukalapak dan banyak lagi. Namun barang yang ada di platform negara masing-masing sangat terhad dan ia bergantung kepada barangan yang ditawarkan oleh peniaga sendiri. Harga yang ditawarkan juga jauh lebih murah jika di marketplace Indonesia.

Dengan servis Tolong Beli, kita boleh dapatkan barang indonesia dari rumah dan semuanya urusan pembelian dan penghantaran akan diuruskan oleh pihak Tolong Beli. Kita hanya perlu sediakan duit pembayaran dan tunggu barang sampai ke rumah sahaja.

#2 Membantu Proses Pembayaran Ke Tokopedia atau Website Marketplace Indonesia

Memang ada barangan dari indonesia kita boleh dapatkan secara online dan terus sampai ke pintu rumah tetapi barangan yang kita boleh dapatkan sangat terhad. Kalau kita berkenan dengan barangan di website Indonesia masalah yang kita akan hadapi ialah tidak dapat membuat proses pembayaran ke website marketplace indonesia.




Dengan servis Tolong Beli, kita boleh dapatkan pelbagai barangan dari indonesia yang ditawarkan di website indonesia yang tidak dapat menerima pembayaran dari Malaysia. Pihak Tolong Beli boleh bantu membuat pembayaran dengan matawang Ringgit Malaysia (RM). Pembayaran boleh dibuat online bank transfer atau mesin ATM/CDM oleh pelanggan Malaysia.

#3 Membantu Buat Pos Semula Dari Indonesia ke Malaysia

Tolong Beli bukan sahaja bantu menyelesaikan pembayaran malah mereka juga membantu dalam proses penghantaran dengan kos yang sangat berpatutan. Tak kisahlah korang beli barang di Shopee Indonesia, Tokopedia Indonesia, Lazada Indonesia dan juga Bukalapak. Tolong Beli boleh setelkan semua dari pembayaran hinggalah sampai ke pintu rumah kita secara laut dan juga udara. Best kan?

Cara Beli Di Tokopedia Indonesia Dari Malaysia

Mudah beli barang Indonesia dari rumah. Tak percaya? Korang cuba tengok video di bawah macamana cara nak order barang indonesia dari rumah. 


Dah tengok video kat atas? Mudah kan? Happy je Sarah dapat barang yang diimpikan dengan servis Tolong Beli.

Testimoni Pelanggan Tolong Beli

Untuk pengetahuan korang, Tolong Beli telah bertapak sejak tahun 2018 lagi menawarkan perkhidmatan tolong beli barang indonesia ke Malaysia. Mereka sememangnya sangat dipercayai dan mempunyai pelanggan setia mereka. Jom kita tengok testimoni sebahagian pelanggan mereka.










Ada Barang Nak Dibeli di Marketplace Indonesia? Jom Guna Servis Tolong Beli

Marsha pasti korang mesti ada banyak 'wishlist' barangan di marketplace Indonesia yang teringin korang beli kan? Jika dulu tiada servis yang akan bantu order, buat pembayaran dan penghantaran. Dengan Tolong Beli dah tak mustahil lagi.

Jadi sesiapa yang berhajat nak dapatkan barangan terhad dari Indonesia korang boleh survey barangan di marketplace Indonesia dan boleh menghubungi pihak Tolong Beli untuk bantu mudahkan korang beli barang dari Indonesia melalui maklumat dibawah:

Laman Web: 
https://tolongbeli.com.my/

Facebook: 

Email: 


Marsha 
Part Time Blogger 
Niche Lifestyle, Parenting, Healthy, Beauty & Travel 
Collaboration & Review Blogger

0 Comments

Subscribe Us