Ikhtiar Turunkan Berat Badan Dengan Diet Program Kitsui Meal Replacement Plus (KMRP)



Ikhtiar Turunkan Berat Badan Dengan Diet Kitsui Meal Replacement Plus (KMRP)| Assalamualaikum. Pernah tak korang alami situasi dalam rutin penurunan berat korang macam ni? Jaga makan dah, exercise pun dah tapi berat masih sama je? Memang stress kan time ni. Buntu memikirkan kenapa jarum di penimbang masih sama walaupun dah ikut betul-betul tips tetapi hasilnya sama sahaja.

Kalau korang mengalami situasi macam ni, korang kena ‘check’ betul-betul punca berat statik walaupun kita jaga pemakanan dan juga bersenam. Sebenarnya ada beberapa sebab yang menjadi punca berat badan susah nak turun walaupun korang dah jaga makan dan bersenam.


Sebab Kenapa Berat Badan Statik Walaupun Bersenam & Jaga Pemakanan


Ini beberapa sebab kenapa berat badan korang susah nak turun walaupun korang dah bersenam: 

#1 Terlalu banyak melakukan senaman kardio

Seperti yang kita tahu, kardio adalah bahagian paling penting dalam rutin senaman. Senaman kardio akan menjadikan jantung kita sihat dan juga dalam masa yang sama meningkatkan metabolisme badan. 

Tetapi, ia akan memberikan kesan negatif jika hanya melakukan senaman kardio atau melakukan terlalu banyak senaman kardio iaitu ia boleh memakan jisim otot tanpa lemak, yang penting untuk meningkatkan metabolisme badan untuk membakar lebih banyak kalori. Secara tak langsung ia akan menyebabkan badan menjadi lebih fokus pada daya tahan, menyimpan tenaga sebagai lemak untuk memastikan ia mempunyai banyak bahan bakar simpanan untuk membuat korang tetap bertenaga sepanjang hari.

#2 Badan Stress

Badan juga akan menjadi stress jika kita tidak memberi tubuh badan masa yang cukup untuk pulih. Ia akan mula menghasilkan kortisol yang berlebihan, hormon stres.

Kortisol normal dan penting ketika bersenam kerana ia terlibat dalam proses yang memberikan otot kita tenaga yang diperlukan untuk bergerak. Tetapi apabila badan kita terkena kortisol untuk jangka masa yang lebih lama, ia mula menimbulkan kesan negatif, seperti lemak degil di kawasan yang kita tidak mahu.

#3 Diet Yang Kurang Sihat


Sekiranya korang bersenam tetapi berat badan korang masih statik, korang kena semak balik pemakanan korang. Walaupun kita rasa diet kita sesuai tetapi ia belum tentu sesuai dengan badan kita. Sesetengah orang menumpukan seluruh tenaga mereka untuk membakar kalori sehingga mereka tidak mengambil berat apa yang mereka akan makan yang bertindak sebagai pembakar lemak. Jadi korang kena semak balik diet korang.

Kalau korang nak tahu, 70% dari cara pengambilan makan akan memberi kesan kepada berat badan kita dan 30% adalah aktiviti bersenam dan lain-lain. Jadi memang patut kena semak balik rutin pemakanan kita.



Ikhtiar Turunkan Berat Badan Dengan Kitsui Meal Replacement Plus (KMRP)




Kali ni Marsha nak kongsikan dengan korang rutin pemakanan Marsha untuk turunkan berat badan selain bersenam. Mestilah Marsha nak kongsikan apa yang Marsha amalkan dari segi pemakanan. Marsha memilih Kitsui Meal Replacement Plus (KMRP) sebagai ‘meal replacement’ Marsha setiap hari.

Apa itu Kitsui Replacement Plus (KMRP) 


KITSUI MEAL REPLACEMENT PLUS ®️ KMRP adalah satu program diet yang sangat rendah kalori. Ia terbukti dapat mengurangkan pengambilan tenaga sehingga 800 kalori sehari bermakna badan korang akan menarik tenaga daripada simpanan lemaknya sendiri. Ianya juga sangat mudah disediakan. KMRP dirumus secara saintifik untuk memenuhi keperluan pemakanan individu pada program diet kalori yang sangat rendah.

KITSUI MEAL REPLACEMENT PLUS (KMRP) juga telah terbukti sangat berkesan dalam pengurusan masalah obesiti.


Kandungan Kitsui Meal Replacement Plus

Marsha suka sangat amalkan Kitsui Meal Replacement Plus (KMRP) ni sebab rasanya sedap. Ini kerana ia mengandungi bahan-bahan premium seperti:


  • Bijirin Oat
  • Oat protein
  • Konjac 
  • L-Carnitine 
  • Biji Chia






Ia juga dirumus dengan Milk Chocolate Powder dan juga cip biskut yang sangat lazat. Memang masa minum tu terasa biskut cip tau.

Kebaikan Kitsui Meal Replacement Plus (KMRP

  1. Pengurusan berat badan
  2. Penggantian Makanan yang seimbang


Kelebihan Kitsui Meal Replacement Plus (KMRP)

  1. Berkualiti tinggi dan kaya dengan nutrisi
  2. Rendah Kalori Hanya 124 kalori setiap sachet. 
  3. Mengandungi Vitamin & Mineral Penting - Produk KITSUI MEAL REPLACEMENT PLUS (KMRP) mengandungi 18 vitamins dan minerals penting - termasuk vitamin A, B12, B1, B2, B6, D, D3, E, C, magnesium, Zink, kalsium, Biotin - untuk membantu menjaga kesihatan sepanjang melakukan penurunan berat badan anda.
  4. Sumber Serat yang Baik- Produk KITSUI MEAL REPLACEMENT PLUS (KMRP) adalah sumber serat yang baik, yang boleh membantu memastikan anda merasa kenyang, sambil menyokong penurunan berat badan korang.
  5. Rasa Enak- Dirumus dengan chocolate milk powder dan cip biskut yang lazat dan sebagainya.


DIET PROGRAM KMRP®️



Berita baik! Korang boleh mulakan kitsui diet program KMRP dengan hanya rm39.90 sahaja! Ada 3 level untuk Diet Program KMRP ini:

#1 DIET PROGRAM KMRP LEVEL 1 - Untuk menurunkan berat badan yang normal (Kurangkan 1 hingga 3 kg sebulan), 1 paket sehari (1 penggantian makanan)




#2 DIET PROGRAM KMRP LEVEL 2 - Untuk menurunkan berat Badan yang sederhana (Kurangkan 3 hingga 4 kg sebulan), 2 paket sehari (2 penggantian makanan)




#3 DIET PROGRAM KMRP LEVEL 3 - Untuk menurunkan berat badan intensif (Kurangkan 5 kg & ke atas sebulan), 3 paket sehari + 1 hidangan yang mengandungi sayur-sayuran dan buah-buahan (3 penggantian makanan)




Cadangan Marsha, korang boleh mula dengan level 1 dahulu jadi badan tak terkejut sangat. Betul tak?



Cara Bancuh Kitsui Meal Replacement Plus (KMRP)

Cara nak bancuh sangat senang tau. Hanya: 
  1. Tambah satu paket KITSUI MEAL REPLACEMENT PLUS ®️ KMRP 30 Grams ke 200-250mL air sejuk atau air suam
  2. Kacau atau goncang untuk melarutkan. 
  3. Jangan gunakan air mendidih. Boleh guna air sejuk atau air biasa. 
  4. Semua produk yang disediakan hendaklah di minum dengan segera Dan Produk harus di simpan tempat dingin dan kering.

Kitsui Meal Replacement Plus (KMRP) didatangkan dalam satu kotak dengan 15 sachet setiap kotak. Setiap sachet mengandungi 30g.



Soalan Lazim Mengenai Kitsui Meal Replacement Plus (KMRP)

1. Bolehkah saya minum KITSUI MEAL REPLACEMENT PLUS (KMRP)dengan air? 

Anda boleh menambah air sejuk untuk rasa yang lebih baik atau air suhu bilik.


2. Bolehkah saya menambah oatmeal, kacang, buah-buahan, susu badam dan susu soya ? 

Boleh , Anda boleh menambahkan oatmeal dan lain ke dalam KMRP tetapi pastikan ia mengandungi kalori Yang rendah.

3. Bolehkah ibu mengandung mengambil KITSUI MEAL REPLACEMENT PLUS (KMRP) ? 

Tidak sesuai untuk ibu mengandung tetapi sesuai untuk ibu menyusu dan berumur 18 tahun ke atas.

Dapatkan Kitsui Meal Replacement sekarang!

So apa lagi tunggu? Jom sama-sama kita join Diet Program Kitsui Meal Replacement (KMRP) sama-sama ok! Korang boleh dapatkan Kitsui Meal Replacement di drugstore berhampiran seperti Guardian dan Watsons.




Korang juga boleh membuat pembelian secara online di Shopee dan Lazada. Jom korang!


Marsha 
Part Time Blogger 
Niche Lifestyle, Parenting, Healthy, Beauty & Travel Collaboration & Review Blogger

0 Comments

Subscribe Us