Pengalaman Membeli-belah Kelengkapan Sekolah di Hari-Hari Bandar Meru Raya, Ipoh | Assalamualaikum. Hari ini adalah hari terakhir persekolahan sesi 2022/2023. Kemudian anak-anak akan bercuti selama 4 minggu @ sebulan dan sekolah dijangka akan buka sekolah balik pada 19 dan 20 Mac 2023 akan datang mengikut negeri masing-masing.
4 minggu cuti yang ada ini mestilah ibu bapa akan ambil peluang untuk membeli-belah kelengkapan sekolah anak-anak, betul tak? Dah menjadi rutin ibu bapa akan meluangkan masa waktu cuti sekolah akhir tahun untuk membeli keperluan sekolah anak-anak.
Marsha dan suami juga tak terkecuali. Tahun ini, kami perlu menyediakan kelengkapan untuk 3 orang anak. Tufael pun dah masuk tadika tahun ni. Jadi ketiga-tiga anak Marsha memerlukan kelengkapan sekolah yang baru untuk sesi persekolahan yang baru nanti.
Pengalaman Membeli-belah Kelengkapan Sekolah di Pusat Pakaian Hari-Hari Bandar Meru Raya, Ipoh
Marilah pergi Hari-Hari! Ingat tak lirik lagu ni? Kalau dalam radio selalu dengar lirik lagu ni. Inilah lirik lagu Pusat Pakaian Hari-Hari yang memang selalu bermain di kepala Marsha kalau nampak Pusat Pakaian Hari-Hari.
Kali ni Marsha sekeluarga memilih Pusat Pakaian Hari-Hari sebab ianya terkenal dengan pusat kelengkapan pakaian sekolah one stop center. Ia bermakna kesemua kelengkapan ada di Pusat Pakaian Hari-Hari dan tak perlu dah ke tempat lain. Lebih mudah dan praktikal untuk Marsha yang ada anak-anak kecil. Senang setel semua satu tempat.
Pusat Kelengkapan Sekolah One Stop Center
Sangat lega bila kelengkapan sekolah anak-anak dapat diselesaikan dalam satu kedai sahaja. Bagi ibu-bapa yang ada anak baru nak masuk darjah 1, Marsha sangat mengesyorkan Pusat Pakaian Hari-Hari ini kerana ia menjual semua keperluan sekolah dari tudung sekolah, baju sekolah, stokin, kasut, beg dan juga alat tulis. Jadi tak perlu ke kedai seterusnya semata-mata hanya untuk mencari kelengkapan sekolah anak-anak.
Masa Marsha pergi mencari kelengkapan sekolah untuk anak-anak, agak ramai juga ibu-bapa yang sedang mencari kelengkapan sekolah juga. Ramai anak-anak dah mula dapat duit Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 dan memang cukup untuk membuat persiapan lengkap untuk 1 orang anak jika berbelanja di Pusat Pakaian Hari-Hari.
Lebih Jimat Berbelanja di Pusat Pakaian Hari-Hari
Sebelum ni pakaian sekolah biasanyanya dijual berasingan dan harganya agak mahal. Rupanya di Pusat Pakaian Hari-Hari ini baju sekolah dijual secara set. Ianya lebih jimat. Cuma tudung sahaja dijual berasingan.
Marsha ambil 2 pasang baju sekolah jenama Jony & Jeny untuk Kakak Anith dengan harga RM49.90 satu set. Rupanya Marsha baru tahu kualiti baju sekolah jenama Jony & Jeny ni memang sangat berkualiti. Marsha memilih kain licin sebab senang nak jaga dan gosok. Kainnya tidak jarang dan lembut. Ada juga kain cotton jika ada yang mencari kain cotton. Selain jenama Jony & Jeny, jenama No Problem pun ada untuk kain cotton.
Tudung sekolah pun Marsha pilih kain licin juga. Tahun ni Kakak Anith request nak pakai tudung 2 lapis macam Marsha sekolah dulu-dulu. Jadi kita layankan je.
Selain baju sekolah, anak-anak Marsha dapat kasut sekolah sorang sepasang. Biasa sebelum ni kasut sekolah beli yang jenama yang agak terkenal tetapi kualiti agak tidak ok dan agak berat. Bila ke Pusat Pakaian Hari-Hari ini Marsha tengok jenama Jony & Jeny design sangat menarik dan berkualiti. Jadi apa salahnya kita cuba jenama Jony & Jeny ni kan? Harganya pun sangat berpatutan.
Untuk Baihaqi dan Tufael Marsha belikan kasut hitam Jony & Jeny yang sangat ringan. Jadi senang anak-anak di sekolah tak susah lagi nak pakai kasut yang berat.
Beg sekolah juga tak ketinggalan. Anak-anak Marsha ni peminat setia Spiderman. Bila masuk Pusat Pakaian Hari-Hari ni apa yang anak-anak lelaki Marsha nampak adalah beg sekolah Spiderman. Apa lagi meggelupur la nak sorang satu…hihi
Promosi Kembali ke Sekolah 2023 kembali lagi di Pusat Pakaian Hari-Hari
Alhamdulillah usai dah pembelian kelengkapan sekolah anak-anak. Marsha dan suami suka shopping awal-awal sebab kalau lambat shopping nanti akan susah cari saiz yang kita nak dan banyak lagi. Jadi shopping awal-awal ni lebih santai sebab saiz semua masih available. Kalau lambat-lambat nanti mungkin kita terpaksa ke beberapa kedai untuk cari saiz yang diperlukan.
Disebabkan ini kali pertama Marsha mencari kelengkapan sekolah anak-anak di Pusat Pakaian Hari-Hari, Marsha rasa pengalaman membeli-belah di Pusat Pakaian Hari-Hari sangat best. Sebab masa masuk dah di sapa dengan uacapan ‘Selamat Datang’ dari staff yang bertugas. Semasa memilih kelengkapan sekolah pula staff sangat membantu. Jadi proses memilih jadi sangat pantas. Marsha tak boleh lama-lama sebab anak-anak lelaki Marsha lasak. Jadi memang semua kena pantas…hihi.
Sekarang ni Pusat Pakaian Hari-Hari tengah buat Promosi Kembali ke Sekolah 2023. Jadi jangan lepaskan peluang rebut promosi ini ok!
Rasanya tahun depan pun Pusat Pakaian Hari-Hari jadi pilihan Marsha dan suami untuk anak-anak kami. Kami boleh dapatkan kelengkapan yang berkualiti dengan harga mampu milik malah lebih jimat dari kebiasaan yang kami beli. Paling penting ia adalah pusat kelengkapan sekolah one stop center.
Marilah Pergi Hari-Hari!
Ada sebanyak 95 cawangan Hari-Hari seluruh Malaysia dan korang boleh cek di link ini, www.hari.com.my/locator dan boleh terjah Pusat Pakaian Hari-Hari berdekatan dengan lokasi korang.
Kalau susah nak keluar atau lokasi agak jauh, korang boleh juga shopping online ok! Terus sampai depan rumah.
Hari-Hari Online Store:
Hari-Hari Shopee:
Hari-Hari Lazada:
#PusatPakaianHariHari #MarilahPergiHariHari #hariharisekolah #backtoschool #bajusekolah #kelengkapanSekolah #ehari #bajusekolahOnline #ParentingBlogger
Part Time Blogger
Niche Lifestyle, Parenting, Healthy, Beauty & Travel
Collaboration & Review Blogger
0 Comments
Terima kasih sudi tinggalkan komen. Moga dimurahkan rezeki semua. Tunggu saya terjah balik yer..:)