Jom Iftar Ramadan di The Lodge, Travelodge Hotel

Jom Iftar Ramadan di The Lodge, Travelodge Hotel | Assalamualaikum. Sepanjang bulan puasa kebiasaannya setiap hotel akan menawarkan pakej Bufet Ramadan mereka dengan pelbagai menu yang disajikan semestinya semuanya sangat menarik. Kalau dekat Ipoh ni semua hotel menawarkan pakej Bufet Ramadan 2023. Travelodge Hotel Ipoh juga tidak terkecuali. 

Pada tahun 2023 ini, Travelodge Ipoh menawarkan bufet Ramadan Iftar yang bertemakan masakan tradisional, masakan antarabangsa tempatan dan juga pelbagai stesen menu secara LIVE.



Marsha memang sangat teruja bila tengok menu-menu yang ada. Semua nampak menyelerakan. Ada pelbagai pilihan sampai rambang mata nak memilih. Kalau tengok menu Santapan Utama pun dah banyak. Ada Ikan Masak Lemak, Ayam Masak Merah, Gulai Daging Kawah, Telur Kurma, Sayur Kangkung Goreng Belacan, Sambal Ikan Bilis dan Tempe, Sayur Kailan Ikan Masin dan dipasangkan dengan Nasi Putih atau Nasi Minyak.


Bufet Ramadan Iftar disediakan dari 27 Mac 2023 hingga 18 April 2023 dari jam 7.00 petang hingga 10.00 malam setiap hari. Dengan tiga (3) menu berbeza disajikan mengikut giliran setiap hari. Pengunjung boleh merasai hidangan utama yang berbeza setiap hari. Bufet iftar berharga RM75 bersih untuk dewasa dan RM52.50 bersih untuk kanak-kanak dan warga emas.

Selain santapan utama, The Lodge juga menyediakan aneka jeruk, aneka sambal, aneka ulam-ulaman,aneka kuih muih tempatan, Rojak Buah Penang, aneka bubur kacang, aneka kerabu dan banyak lagi. 

Kerabu Mangga

Aneka kuih muih

Ikan Kering & Tauhu Sumbat

Kuih Koci

Pulut Udang

Aneka Bubur Kacang

Aneka Jeruk & Rojak Buah Penang

Kurma



Buat peminat sambal, korang memang wajib rasa pelbagai jenis sambal yang disediakan. Iftar Ramadan juga menyediakan pelbagai jenis air termasuklah Jus Kundur.

Aneka Air

Aneka Sambal




10 Stesen Menu Menarik Secara ‘LIVE’

Paling Marsha suka, Iftar Ramadan kali ini menyediakan 10 stesen menu secara ‘LIVE’. Jadi para tetamu berpeluang menyediakan sendiri menu-menu yang disediakan di stesen-stesen ini. Ada juga yang telah disediakan siap-siap.

Antara stesen ‘LIVE’ yang ada seperti Warung Nasi Ayam, Warung BBQ Kambing, Warung Sup & Bubur Lambuk, Stesen Laksa, Stesen Air Batu Campur, Stesen Cucur, Warung Kerang, Warung Kue Teow Goreng dan banyak lagi. 

Warung Sup & Bubur Lambuk

Warung BBQ Kambing

Laksa

Stesen ABC

Warung Nasi Ayam



Marsha teruja bila tengok kerang rebus. Paling best sebab Marsha berpeluang rebus kerang sendiri. Marsha rasa ini kali pertama Marsha jumpa bufet ramadan yang menyediakan menu kerang rebus. Jadi memang Marsha punya teringin nak makan kerang rebus sebelum puasa lagi tercapai. Alhamdulillah.

Warung Kerang



Untuk pengetahuan korang The Lodge, Travelodge Ipoh telah disahkan Halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim). Jadi tak perlu was-was ok. Ramadan Iftar ini bermula 27 Mac 2023 hingga 18 April 2023. 

Apa lagi jom cepat-cepat buat tempahan dan alami pengalaman menjamu selera yang lazat bersama keluarga. Buat tempahan anda sekarang sebelum terlambat. Untuk tempahan, sila hubungi +605 242 8888 atau e-mel enquiry@tlip.com.my.

Untuk Promosi Iftar Ramadan korporat – 10pax percuma 1pax. Sila hubungi 012 9854 829 atau e-mel syahirah.ab@tlip.com.my

Pakej Bilik Ramadhan

Sempena Bulan Ramadan, Travelodge Hotel juga menawarkan Pakej Bilik Ramadhan. Jadi kalau korang dari luar Ipoh, jangan risau sebab ada pakej yang sangat-sangat berbaloi.

Korang boleh menginap dan menjamu selera di Travelodge Ipoh dengan Pakej Bilik Ramadan yang merangkumi Sahur, Rom Stay dan Iftar Ramadan. Pakej tersebut seperti:

  1. Pakej 2-to-go termasuk Sahur, Bilik Deluxe dan Iftar Ramadan untuk 2 orang sahaja pada harga RM398 bersih.
  2. Pakej 4-to-go termasuk Sahur, Bilik Empat Rakan dan Keluarga serta Iftar Ramadan untuk 4 orang sahaja pada harga RM748 bersih.



Pakej bilik tersedia dari 27 Mac 2023 hingga 18 April 2023. Untuk tempahan bilik, sila layari website di travelodgeipoh.com atau hubungi 05 242 8888.

*Tertakluk kepada terma dan syarat





Marsha 
Part Time Blogger 
Niche Lifestyle, Parenting, Healthy, Beauty & Travel 
Collaboration & Review Blogger

0 Comments

Subscribe Us