Si Cilik Berjaya Menawan Hakim dengan Hasil Kreatif Eco Fashionista Costume Contest di Ipoh Parade | Assalamualaikum. Anak-anak memang sangat bagus jika diberi pendedahan terhadap perkara-perkara yang positif di sekeliling mereka. Ini kerana anak-anak akan cepat belajar.
Minggu lepas, 2 April 2023 Marsha berpeluang menjadi juri dalam satu pertandingan yang melibatkan anak-anak cilik di Ipoh Parade. Memang ini pengalaman pertama Marsha dan semestinya perasaan gugup itu ada tapi dalam masa yang sama teruja dengan pertandingan ini. Pertandingan apa tu?? Haa…meh Marsha kongsikan.
Hasil Kreatif Si Cilik Berjaya Menawan Juri di Eco Fashionista Costume Contest
Sempena Eco Month, Ipoh Parade telah menganjurkan ‘Eco Fashionista Costume Contest’ yang terbuka untuk kanak-kanak bawah 12 tahun yang bertemakan H.O.P.E. ( Helping Our Planet Everyday) . Melalui pertandingan ini, Ipoh Parade memberi peluang kepada ibu bapa dan anak-anak mereka menghasilkan hasil kreativiti mereka untuk diperagakan dalam pertandingan ini bertujuan untuk mencapai ‘Waste Free Wardrobe’.
Pengalaman Kali Pertama Menjadi Juri Pertandingan di Ipoh Parade
Pada hari berkenaan acara pertandingan kostum kanak-kanak ini bermula jam 2 petang dan acara ini menampilkan seramai 13 kanak-kanak yang telah menghasilkan kostum daripada bahan kitar semula.
Marsha sangat kagum bila tengok persiapan sebelum anak-anak cilik ini memperagakan kostum mereka. Semuanya kreatif dan mengikut tema yang telah ditetapkan. Ada yang ubahsuai plastik menjadi gaun dan juga skirt. Malah ada yang jadi kesatria hasil olahan dari kadbod yang terbuang.
Hasil kerjasama ibu bapa dan anak-anak mereka sangat baik sehingga dapat menghasilkan kostum yang Marsha sendiri pun tak boleh bayangkan. Memang sangat-sangat kreatif.
Sebagai juri jemputan, Marsha telah menilai semua si cilik dengan kriteria yang telah ditetapkan dalam pertandingan ini. Kriteria pemarkahan terbahagi kepada beberapa penilaian dan markah paling banyak ialah pada hasil kreatif kostum itu sendiri. Selain itu cara anak-anak memperkenalkan diri, cara anak-anak menggayakan kostum dan keselesaan anak-anak dalam kostum juga menjadi penyumbang kepada keseluruhan markah.
Marsha sangat terkesima bila ada si cilik seawal usia 4 tahun petah bercakap semasa memperkenalkan diri. Comel sangat!!! Ada juga siap berpantun untuk memberikan mesej penting tentang alam sekitar.
Pemenang Eco Fashionista Costume Contest
Selepas penjurian, akhirnya kata sepakat kami 3 orang juri telah memilih pemenang-pemenang berdasarkan markah yang telah diberi. Juara pertandingan telah dimiliki oleh adik Nur Aufa Izzara Amaneena Binti Muhammad Hafiz, 8 tahun dari Ipoh yang mengagumkan kedua-dua juri dan penonton di acara dengan mesej unik beliau tentang kitar semula yang disampaikan melalui puisi Melayu tradisional yang dikenali sebagai “pantun”.
Menurut ibunya, mereka menghabiskan masa seminggu mengumpul dan membuat beg plastik terpakai, tin, dan akhbar untuk mencipta gaun dan penutup kepala yang agak rumit untuk dipakai oleh anak perempuannya semasa pertandingan. Walaubagaimanapun, Nur Aufa dengan yakin melangkah ke landasan, mendeklamasikan pantun, dan menerima pujian daripada semua yang hadir. Nur Aufa membawa balik RM300 dan hadiah.
Naib Johan Pertama telah di miliki oleh Lim Sze Hanz yang menyampaikan mesej dengan cara sendiri dengan berpakaian ‘Mermaid’ yang dipenuhi sampah dan akhirnya menjadi ‘Mermaid’ yang cantik. Jelas sekali mesejnya untuk kebersihan di laut. Lim Sze Han membawa balik wang tunai RM200 dan hadiah.
Peserta termuda, Riyana Elisya Binti Noorfawwaz Zahin berusia 4 tahun pula berpakaian seperti Snow White. Marsha sangat kagum dengan kekemasan konstume Riyana Elisya sebab pada mulanya Marsha tak sangka ia dihasilkan dari plastik. Riyana juga mendapatkan tempat menduduki tempat ketiga dalam pertandingan. Riyana membawa balik wang tunai RM100 dan hadiah.
Hadiah Saguhati: (Hadiah bernilai RM50)
#1 Goh Yu Tian
#2 Isabella Chong Sue Qing
#3 Raisya Eryna Binti Noorfawwaz Zahin
#4 Tham Zi Feng
#5 Shakkthiy A/P Sri Muralitharan
Sekalung Tahniah Buat Ipoh Parade atas Penganjuran Eco Fashionista Costume Contest
Alhamdulillah semua berjalan lancar pada hari itu dan semua peserta nampak gembira memperagakan kostum masing-masing. Sekalung tahniah buat Ipoh Parade sebab berjaya menganjurkan acara yang menarik ini. Terima kasih juga pihak penganjur kerana sudi memberi peluang kepada Marsha menjadi juri pertandingan dan Marsha sangat-sangat hargai. Moga acara ini dapat dianjurkan di masa hadapan.
Part Time Blogger
Niche Lifestyle, Parenting, Healthy, Beauty & Travel
Collaboration & Review Blogger
0 Comments
Terima kasih sudi tinggalkan komen. Moga dimurahkan rezeki semua. Tunggu saya terjah balik yer..:)