Basic Skincare Routine Terbaik 2023 yang Korang Patut Tahu - Tips Muka Glowing Dan Healthy, Mari Ikut Panduan ini!

Basic Skincare Routine Terbaik 2023 yang Korang Patut Tahu - Tips Muka Glowing Dan Healthy, Mari Ikut Panduan ini! | Assalamualaikum. Pernah tak korang alami situasi dimana kulit masih tidak ada perubahan positif walaupun kita dah pakai best skincare products yang lengkap? Beli produk yang mahal tapi end up kulit muka masih tiada perubahan positif dan paling teruk kulit muka breakout pula. Akan bermulalah episod tukar-tukar produk sebab yakin produk yang digunakan tidak berkesan. Marsha pun pernah alami situasi begitu sehinggalah Marsha re-check balik daily skincare routine Marsha. Rupanya pori besar menjadi punca kulit berminyak.

So korang ‘re check’ balik basic skincare routine korang betul ke tak? Kalau korang nak tahu mana-mana skincare pun kita kena ikut rutin dan step pakai skincare yang betul. Ini untuk memastikan kulit korang mendapat manafaat sepenuhnya dari setiap produk yang korang amalkan. Marsha mula betulkan basic skincare routine dan alhamdulillah kulit Marsha dah nampak perubahan positif. 

Kita semua maklum semua wanita malah lelaki inginkan kulit muka yang sihat dan cantik sehingga sanggup berhabis wang semata-mata untuk kulit sihat & cantik tetapi adakah korang betul-betul faham dengan basic skincare routine yang betul? Ini sangatlah penting sebab ia akan menentukan kulit mendapat manafaat sepenuhnya. Jadi  jom Marsha kongsikan Basic Skincare Routine terbaik yang Marsha amalkan.

Basic Skincare Routine Terbaik 2023 yang Korang Patut Tahu

Pemakaian skincare kena ada caranya. Disini Marsha akan bagi tahu 5 steps cara pakai skincare untuk penjagaan muka setiap hari.

#Step 1 : Double Cleansing

sumber google


Double cleansing lebih mudah difahami sebagai dua kali cucian dimana korang akan menggunakan dua jenis  agen untuk membersihkan kulit korang iaitu kali pertama dengan produk berasaskan minyak untuk menanggalkan makeup, SPF dan sebum pada permukaan kulit dan kemudian diikuti dengan pembersih water-based atau berasaskan air untuk membersihkan kulit jauh lebih dalam ke liang pori untuk menghilangkan kotoran dengan sempurna. Pastikan korang guna pencuci yang sesuai dengan kulit ok!


#Step 2: Exfoliating ( Skrub )


Kulit sebenarnya mengalami proses pembaharuan setiap 28 hari. Bermakna lepas 28 hari kulit baru akan terhasil dan kulit lama akan menjadi kulit mati. Untuk proses pembuangan kulit mati ini kita perlu melakukan proses exfoliating atau skrub. Mungkin kulit mati akan tanggal dari kulit kita tetapi ada sebahagian yang akan melekat dan akan menjadi punca kepada pelbagai masalah kulit jika kita biarkan.

Untuk kesan lebih baik Marsha cadangkan korang guna skrub yang mengandungi kandungan antioksida yang tinggi terutamanya yang mempunyai masalah kulit berjerawat. Ini kerana antioksida mampu menjadi agen pembersih yang menghalang dan merawat pertumbuhan jerawat di kulit wajah.

#Step 3: Toning

Setelah complete dua langkah diatas, barulah kita beralih kepada toner. Disebabkan kita bukan hari-hari exfoliating kulit muka, jadi waktu tak guna skrub korang boleh terus apply toner setelah cuci muka.

sumber google



Toner sangat penting dalam Basic Skincare Routine sebab toner dapat membantu menstabilkan pH kulit wajah, mengecilkan liang pori dan juga memberi kesan pembersihan yang secukupnya daripada sisa-sisa selepas mencuci muka. Jom Marsha kongsikan cara penggunaan toner yang betul.

Caranya senang je. Mula dengan rendam kapas dengan toner, kemudian sapu pada seluruh wajah, leher, dan dada. Penggunaan toner wajib selepas mencuci muka, dan sebelum menggunakan serum atau pelembap muka. 

#Step 4: Moisturizing & Hydrating

Dengan cuaca dan persekitaran yang kurang sihat sekarang. Pemilihan moisturizer atau pelembap muka sangat penting. Kita perlu memilih moisturizer yang sesuai dengan kulit kita. Marsha lebih gemar memilih moisturizer / pelembap water based kerana kulit Marsha jenis kulit kombinasi - berminyak tidak sesuai dengan pelembap muka yang oil-based. 

Jadi pemilihan moisturizer yang sesuai dengan kulit sangat-sangat penting. Jika salah pilih, mungkin akan menyebabkan masalah kulit. Pilihan moisturizer/pelembap muka terbaik Marsha ialah Hansaegee Nature Moisturizer Water Based Aqua Whitening Cream. Ini adalah tips rutin penjagaan muka waktu pagi Marsha. 

Moisturizer Terbaik - texture pelembap muka jenis water-based, sesuai untuk kulit kering

Marsha memilih Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream kerana ianya moisturizer berasaskan air yang bagus ( water-based ). Sebelum ini kulit muka Marsha sangat kering di bahagian selain zon T sehinggakan kalau berada lama terdedah dengan cahaya matahari kulit muka Marsha akan keradangan, kemerahan dan menggelupas. 


Tips penjagaan muka guna krim siang terbaik - Hydrating Moisturiser


Alhamdulillah setelah konsisten selama beberapa bulan, kulit Marsha dah banyak perubahan positif. Antaranya kulit muka tidak keradangan lagi, kulit sentiasa lembap rasa sangat moisturizing, jadi moisturizer ni best untuk kulit kering dan tanpa sedar kulit makin cerah sebab pelembap muka ini ada brightening effect. Marsha suka memakai Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream sebab ia mudah meresap, tidak melekit, ringan & tidak berminyak.


Moisturizer Terbaik - skincare untuk kulit berminyak, dan pori besar dapat dikawal 



Paling Marsha suka ‘water-drop’ akan terhasil selepas beberapa kali urutan di atas kulit. Kemudian ia pantas menyerap dalam kulit. Sepanjang Marsha guna Aqua Whitening Cream moisturizer untuk kulit berminyak ni. Seharian di tengah panas pun muka tak rasa berminyak tau. Seharian tak rasa melekit, pori rasa fresh dan tak rasa macam pakai something dekat wajah. Ia memang skincare terbaik pilihan Marsha.

Water-drop terhasil



Moisturizer/ pelembap muka Aqua Whitening Cream pakai waktu bila? Selain pemakaian waktu siang hari, Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream disebabkan texture yang moisturizing dan fungsi yang boleh mengawal kulit berminyak. Ia juga dicadangkan dipakai pada waktu malam ia boleh jadi krim malam terbaik. Pakai moisturizer terbaik ini sebelum tidur, esok pagi bangun tidur kulit muka rasa fresh, lembap dan tidak berminyak, best!!

#Step 5 : Sunscreen SPF 50


Step yang terakhir ini adalah wajib dan sebagai pelengkap kepada basic skincare routine korang. Kenapa kena pakai sunscreen?

Sunscreen atau sunblock bertindak untuk melindungi lapisan kulit kita dari terdedah kepada sinaran matahari (sinar UV) yang boleh merosakkan kulit. Jika korang tak amalkan step terakhir ini, step 1 hingga 4 tidak bermakna kerana sinar UV masih mampu menembusi lapisan toner dan pelembap. Jika pakai sunscreen, sinar UV tidak akan dapat menembusi sunscreen.

Sunscreen Terbaik - Aloe Vera Sunscreen SPF 50 dari Hansaegee Nature



Pemilihan sunscreen atau sunblock juga amat penting. Sebaiknya kita perlu memilih sunscreen yang bagus yang mengandungi lebih tinggi tahap SPF nya. Sebaiknya sunscreen spf 50 dan bermakna ia memang terbaik. Disebabkan kulit Marsha jenis kulit kombinasi - berminyak, Marsha memilih Aloe Vera Sunscreen SPF50+ PA+++  dari Hansaegee kerana ia sunscreen yang tidak berminyak. 

Marsha memang jatuh cinta dengan Aloe Vera Sunscreen SPF50+ PA+++  dari Hansaegee sebab teksturnya sangat ringan , tidak melekit dan tidak berminyak. Bila pakai tak rasa pun pakai sunscreen dan tiada white cast atau bercapuk. Walaupun seharian sampai petang muka lembap je tapi tak berminyak. Memang sangat recomended sunscreen untuk kulit berminyak/for oily skin.

Sunscreen yang bagus - sunscreen SPF 50 yang tidak berminyak, krim siang terbaik




Selain itu ia juga banyak kelebihan:

  1. Perlindungan Matahari (UVA & UVB) - Dengan SPF50+ PA +++ membantu melindungi kulit dari 'sunburn' dan punca kepada masalah kulit.
  2. Melegakan Kulit (Calming Skin) - Aloe Vera membantu mengurangkan keradangan dan iritasi pada kulit yang sentitif dan membantu kulit lebih sihat
  3. Melembabkan Kulit - Mengandungi Glycerin dan Aloe Vera yang dapat membantu kulit jadi lebih lembut, lembap dan dapat juga mencerahkan kulit
  4. Bebas Minyak dan Ringan - Tidak melekit, tidak berminyak, mudah menyerap dalam kulit. Mudah diblend dengan mengunakan jari sahaja dan kulit wajah nampak lebih segar.
  5. Sebagai Based Make up - Unik kan? Dah tak perlu beli produk based make-up dah sebab ia boleh dijadikan sebagai based make up. Terus boleh make-up.
  6. Tidak Bercapuk - Biasanya kalau pakai sunscreen, kulit akan nampak agak bercapuk atau ada ‘white cast’ tetapi dengan Aloe Vera Sunscreen kulit lebih nampak natural dan tidak bercapuk.
Tidak bercapuk


Bila dah pakai Aloe Vera Sunscreen SPF50+ PA+++ dari Hansaegee dah auto boleh pakai make up sebab ia boleh dijadikan make up base dan membuatkan make up tahan lama dan glowing. Kalau nak tahu cara make up tahan lama, amalkan Aloe Vera Sunscreen SPF50+ PA+++ dari Hansaegee ni.

Cara pakai sunscreen yang betul? 

Untuk coverage yang terbaik, korang perlu sekurangnya 2 jari sunscreen untuk coverage yang maksima pada kulit korang. Juga perlu pakai pada waktu tertentu sebaiknya 15-30 minit sebelum korang terdedah dengan cahaya matahari. Reapply sunscreen juga sangat penting! Jika seharian berada diluar sebaiknya reapply sunscreen balik supaya kulit dapat dilindungi sepenuhnya.

Simple je kan step penjagaan muka yang betul dengan skincare rutin harian? Marsha sangat cadangkan korang cuba Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream dan Aloe Vera Sunscreen SPF50+ PA+++  dari Hansaegee dan lihat perubahan yang sangat bagus.


Cara Pakai Skincare Moisturizer dan Sunscreen Dengan Betul

Pakai sunscreen dulu atau day cream? Marsha nak kongsikan tips tau. Selepas muka dicuci dan pakai toner, korang boleh terus applykan Aqua Whitening Cream dan diikuti dengan Aloe Vera Sunscreen SPF50+ PA+++  dari Hansaegee . Mudah kan?

Marsha telah konsisten 2 produk ini sahaja hampir setahun dan ia sangat membantu Marsha dapatkan kulit yang sihat dan baik. Bagi Marsha ia adalah skincare terbaik yang korang patut cuba dan inilah tips muka glowing / cara glowingkan muka Marsha tau! Kedua-dua produk ni adalah glowing skincare dan hydrating skincare pilihan terbaik Marsha.

Skincare terbaik 2023



Kalau korang nak tengok testimoni pengguna lain dan juga maklumat produk-produk Hansaegee Nature korang boleh rujuk maklumat dibawah ok!


Marsha 
Part Time Blogger 
Niche Lifestyle, Parenting, Healthy, Beauty & Travel 
Collaboration & Review Blogger

0 Comments

Subscribe Us