Patch Cough & Sleep TASNEEM NATUREL Percuma untuk 5000 Patch Pertama

Patch Cough & Sleep TASNEEM NATUREL Percuma untuk 5000 Patch Pertama | Assalamualaikum. 

Musim sekarang ni sangat bahaya terutama kepada anak-anak kecil sebab cuaca sangat tidak menentu. Ada ketika terlampau panas membahang kemudian tetiba hujan. Ada masanya panas seharian dan ada hujan seharian. Ia memberi kesan terutamanya kepada anak-anak kecil. Anak-anak akan mudah dan kerap jatuh sakit seperti demam, terkena selsema, batuk dan banyak lagi. Anak Marsha pun tak terkecuali, memang risau memikirkannya.

Patch Cough & Sleep TASNEEM NATUREL Percuma untuk 5000 Patch Pertama


Setiap kali travel, Marsha akan pastikan stok ubat cukup terutamanya untuk anak-anak. Dirumah pun sama. Stok ubat dan vitamin mesti ada untuk memastikan anak-anak Marsha sentiasa sihat. Kalau anak-anak sakit Marsha tak senang duduk dibuatnya. Biasanya kalau demam, selsema atau batuk Marsha akan bagi ubat kepada anak Marsha. Tapi syukur sebab anak-anak Marsha jenis senang makan ubat. Kalau yang jenis susah nak makan ubat mencabar juga kan?




Baru-baru ni Tasneem Naturel telah lancarkan satu produk baru iaitu CF-Patch dan Sleep Tight Patch yang berfungsi untuk membantu melegakan selsema dan juga membantu anak-anak supaya mudah tidur. Ia sangat mudah digunakan tanpa perlu makan atau minum dan ia mempunyai kelulusan FDA. Ia memang sesuai untuk ibu-ibu sebagai solusi pantas sekarang ni.

CF-Patch Bantu Legakan Selsema, Batuk & Demam 

Buat ibu-ibu yang ada anak-anak yang susah nak makan ubat,  ini pilihan alternatif terbaru bagi membantu mengurangkan masalah batuk, demam dan selsema. Korang jangan risau sebab produk Tasneem Naturel dirumus khas menggunakan bahan-bahan semulajadi dan ianya selamat untuk anak-anak kecil.




CF-Patch dirumuskhas dari bahan-bahan semulajadi iaitu Tendrilleaf & Chekiang Fritillary Bulb yang dapat membantu mengurangkan suhu panas di bahagian tekak yang menjadi salah satu penyebab batuk. Ia juga mengandungi akar Indigowood & Whiteflower Hogfennel Root yang membantu memberi keselesaan di tekak dan juga bertindak membantu membebaskan kahak. Tak lupa juga Heartlef Houttuynia Herb pula berfungsi sebagai penyahtoksin dalam badan, manakala Pepperweed & Apricot Seed pula membantu melancarkan dan melegakan paru-paru anak-anak.


Antara kebaikan CF-Patch ini ialah ianya membantu mengurangkan batuk, mengurangkan hingus yang menyebabkan selsema, melancarkan sistem pernafasan dan juga membantu menurunkan suhu badan dengan selamat. Cara nak guna CF-Patch ni semudah ABC. Anak-anak pun happy je.



Anak Susah Tidur? Wajib Try Sleep Tight Patch 

Anak korang sangat aktif dan susah nak tidur terutama waktu malam? Korang boleh cuba Sleep Tight Patch dari Tasneem Naturel ni. Ianya membantu anak-anak mendapatkan tidur yang lebih menenangkan dan anak-anak mendapat kitaran tidur yang normal. Jadi anak-anak yang cukup waktu tidurnya akan membesar dengan lebih sihat.



Seperti CF-Patch, Sleep Tight Patch juga diperbuat daripada bahan semulajadi iaitu Thinleaf Milkwort & Silk Tree Albizia Bark yang membantu meningkatkan kualiti tidur dan memori serta bertindak sebagai anti-depresi. Manakala Amber & Raw Dragon Tooth pula bertindak membantu menenangkan saraf, melancarkan peredaran darah dan juga mengurangkan keradangan kepada anak-anak.





Bukan anak-anak kecil je boleh guna tau! Orang dewasa pun boleh guna Sleep Tight Patch ni. Ini kerana kandungan Spine Date Seed & Caulis Polygoni Multiflori yang ada dalam Sleep Tight Patch ini berfungsi membantu nyahkan angin dalam badan. Manakala Angelica Dahurica & Lotus Plumule pula mempunyai fungsi antipiretik yang bertindak mengurangkan demam dan meredakan sakit-sakit badan. Memang mudah sangat nak guna Sleep Tight Patch ni.





Bilal Pun Dah Guna Patch Tasneem Naturel

Korang mesti kenal kan Bilal anak pasangan Ustaz Haris dan Neelofa yang menjadi tumpuan satu Malaysia kerana kecomelan dia. Bilal pun dah pakai patch Tasneem Naturel tau!



Neelofa memang sangat pentingkan pemakanan dan juga produk-produk yang digunakan. Bila Bilal dah guna patch Tasneem Naturel ni bermakna Neelofa telah memberikan kepercayaan dengan produk Tasneem Naturel ini. 





Marsha pasti salah satu sebab Neelofa percaya dengan produk Tasneem Naturel ni adalah sebab semua produk Tasneem Naturel dirumuskhas dengan bahan semulajadi dan bebas toksin. Ia juga mempunyai kelulusam FDA jadi ia selamat digunakan dari bayi hingga dewasa.

Paling best Patch Tasneem Naturel ni pula tidak mempunyai bau herba yang sangat kuat dan tidak meruap bila pakai. Jadi anak-anak selesa sebab ia tidak berbau herba. Lekatan gam juga lembut dan tidak meninggalkan kesan dan anak-anak tidak merasa sakit akibat lekatan.


5000 Patch Percuma dari Tasneem Naturel


Menarik kan kedua jenis patch dari Tasneem Naturel ni? Marsha ada berita baik bagi yang nak cuba dan alami keberkesanan patch Tasneem Naturel ni. Tasneem Natural akan berkongsi rezeki dengan rakyat Malaysia sebanyak 5000 patch secara PERCUMA! Best kan? So korang boleh dapatkan sampel percuma dengan tekan dibawah. 


Terima kasih kepada Tasneem Naturel kerana sudi berkongsi dengan rakyat Malaysia. Kami sangat-sangat berterima kasih.

Kalau korang nak tahu lebih lanjut tentang patch Tasneem Naturel dan produk Tasneem Naturel yang lain korang boleh rujuk link kat bawah ok.


Facebook :

Instagram :


Marsha 
Part Time Blogger 
Niche Lifestyle, Parenting, Healthy, Beauty & Travel 
Collaboration & Review Blogger

0 Comments

Subscribe Us