Tempat Menarik di Phuket, Thailand - Wajib Singgah | Assalamualaikum. Agak lama dok ‘peram’ kisah #TravelogThailand kami yang terbaru ni. Sungguh tak sempat sebab sangat sibuk dengan kerja hakiki. So memang kena dahulukan kerja hakiki dulu…hihi.
Kali ni Marsha just nak share tempat menarik di Phuket yang Marsha dah lawati. Nak share dekat korang tempat menarik di Phuket sebagai panduan untuk korang yang nak ke Phuket nanti. Kalau tengok dekat Tiktok banyak naik tentang Hatyai kan sebab paling dekat dengan border. Tapi kali ni Marsha nak share tempat menarik di Phuket, Thailand.
Phuket, Pulau Terbesar di Thailand
Wilayah Phuket terletak di selatan Thailand. Ia adalah Pulau terbesar di Thailand dan terletak di atas laut Andaman. Wilayah terdekat di utara ialah Phang-nga dan wilayah terdekat di timur ialah Phang-nga dan Krabi.
Phuket mempunyai pengaruh Cina yang besar, dekat sini banyak tempat suci Cina dan Restoran Cina sekeliling bandar. Populasi masyarakat Cina agak besar. Walaupun dekat Phuket ni peratus muslim tak banyak tapi ada banyak tempat juga yang didiami oleh orang muslim, jadi untuk cari makan tak ada masalah.
Marsha pun baru tahu dekat Phuket ni ada beberapa etnik lain yang membawa semua tradisi dan perayaan mereka dari seluruh dunia ke Phuket. Sebagai sebuah Pulau yang besar, Phuket dikelilingi oleh 11 Pantai yang indah anataranya seperti Rawai, Patong, Karon, Kamala, Kata Yai, Kata Noi dan Mai Khao. Sudut pandangan Laem Phromthep dikatakan paling menonjol matahari terbenam yang indah di Thailand.
Tempat Menarik di Phuket, Thailand
Bagi Marsha Phuket ni adalah pulau yang sibuk yang menjadi tarikan pelancong di serata dunia. Dekat sini memang banyak tarikan pelancong selain dari pulau. Jom Marsha share tempat menarik di Phuket yang wajib korang singgah.
1. Dolphin Bay Phuket
Buat yang tak pernah tengok Dolphin in real macam Marsha, korang wajib singgah ok! Di Dolphin Bay ni sehari ada 2 kali masa pertunjukkan. Jadi better beli tiket siap-siap dan boleh pilih time mana yang kita nak. If walk in risau time yang kita nak tu full. Nanti kena set time lain pula.
Marsha beli online siap-siap. Boleh beli dekat klook ataupun website dorang sendiri. Di Dolphin Bay ni sangat best show dia. Bukan cikai-cikai punya show sebab Dolphin sangat well trained. Instructor pun dari rusia kalau tak silap. Korang boleh tengok betapa rapatnya Dolphin dengan instructor dorang.
Kalau korang nak merasai pengalaman ‘basah lencun’ korang boleh ambil tempat duduk VVIP & VIP. Tapi jangan risau akan disediakan rain coat untuk yang duduk di VIP & VVIP seat. Oh ya kat sana ada juga show sea lion tapi Dolphin paling banyak. Sea Lion tu sebagai mukadimmah je…hihi.
Kalau korang nak bergambar dengan Dolphin guna HP sendiri just beli je tiket tambahan untuk bergambar di kaunter semasa nak ambil tiket booking tu. 400 THB je 1 family.
2. Starbucks Sinae, Koh Sirey
Mesti korang cakap, apalah pegi Phuket pun layan Starbucks sedangkan Malaysia pun banyak….hihi. Kalau korang nak tahu, ni wishlist Marsha dari Malaysia lagi tau! Marsha ke sini bukan sebab air tapi sebab view.
Biasa starbucks mesti dalam bangunan dan di tengah-tengah bandar. Tapi di Starbucks Sinae, Koh Sirey ni lokasi di di atas bukit yang mempunyai view pantai yang sangat-sangat cantik. Nak naik ke sini kita ke beli kupon air 200THB dan ada hilux yang akan bawa kita ke atas. So, kupon tu boleh la guna beli air dan healing dekat atas.
3. Aquaria Phuket
Actually Aquaria dekat Phuket ni sama je konsep macam dekat Malaysia punya. Tapi dah alang-alang sampai kan apa salahnya kita tengok Aquaria Phuket ni macamana. Trip kitorang pun memang ada anak-anak kecil jadi memang dorang seronok ke Aquaria Phuket ni.
Kalau di Aquaria KLCC selalu penuh time cuti sekolah, weekend dll. Pantang cuti je mesti ramai. Tapi di Aquaria Phuket ni kami mengalami pengalaman berbeza. Maybe sebab kita cuti dorang kerja kot. Jadi Aquaria Phuket ni kami yang punya!…hahahaha. Ada je tourist lain cuma tak la crowded macam Aquaria KLCC nun…hihi. Jadi anak-anak puas tengok mermaid, shark dan show-show yang ada dekat Aquaria Phuket ni.
4. Fantasea
Tempat yang paling unik dan menarik ni Phuket. Fantasea ni Taman Tema Budaya di Phuket. Fantasea diinspirasikan oleh warisan eksotik Thailand, Phuket FantaSea bukan sahaja mempamerkan daya tarikan dan keindahan Thailand, tetapi juga memperkaya tradisi Thai purba dengan bantuan keajaiban teknologi canggih dan kesan khas. Dekat sini kitorang nak tengok show tentang sejarah Pantai Kamala.
Tiket macam biasa kami beli online sebelum ke Phuket lagi. Kami booking tiket terus dengan dinner buffet sebab nak merasa menu Thai Diraja dorang dekat sana. Ya ada HALAL buffet tau jangan risau. Lagipun kawasan Kamala Beach ni memang kawasan muslim.
Show bermula jam 9 malam. Sebelum masuk show kita kena serahkan segala handphone dan peranti yang ada sebab tak dibenarkan mengambil gambar dan video semasa show. Jadi sebab tu tak ada gambar atau video semasa show. Show dia unik tau sebab ia menceritakan sejarah Kamala Beach dan dorang hadirkan pelbagai binatang atas pentas dari ayam, itik, burung, kambing, lembu, harimau dan juga gajah.
Alhamdulillah memang puas hati dengan bayaran tiket 1500 THB seorang. Siap makan malam semua. Memang puas hati dengan pengembaraan hebat ke dalam Mitos, Misteri dan Sihir eksotik Thailand. Korang boleh tengok sini tau kalau nak tengok jenis show dia https://www.phuketfantasea.fun/eng/ .
5. Pantai-pantai di Phuket - Nai Yang Beach,
Kalau dah sampai ke Phuket, memang wajib singgah ke semua pantai yang ada di Phuket ni. Sebenarnya pantai dekat Phuket ni ada 11 pantai. Tapi kami tak sempat nak cover singgah semua. Cuma kami memang lalu kesemua 11 pantai yang ada.
Cuma anak-anak tak ada peluang nak mandi dekat pantai sebab red flag. Sebab kami datang low season, time ni ujan je dan ombak pun besar. InsyaAllah will repeat again.
6. Karon View Point, Phuket Windmill View Point, PromThepCape
Buat peminat view tempat tinggi yang indah, korang wajib ke semua view point yang ada. Paling best antara semua adalah Karon View Point, Phuket Windmill View Point dan PromThepCape. Tak boleh nak describe perasaan dia tapi memang view sangat cantik. Korang layan je gambar ok..hihi
Akan Kembali ke Phuket
Kalau korang tanya, nak repeat lagi tak? Of course nak! Even trip Phuket kali ni banyak juga duit cair beli tiket tapi sangat puas hati. Biasalah kan kalau bawa anak-anak ni kena juga bawa ke tempat kegemaran dorang. Kalau kita yang dewasa ni layan view & makanan pun dah cukup.
Alhamdulillah mesti repeat lagi sebab banyak lagi tarikan yang kitorg belum sempat cover. Nak share tapi tak tahu best ke tak so kena tunggu kitorg sampai dulu ok!
Ok till next post tentang #TravelogThailand kami ok. Love.
Part Time Blogger
Niche Lifestyle, Parenting, Healthy, Beauty & Travel
Collaboration & Review Blogger
2 Comments
Bestnyaa.. Cuya rindu nak pergi Thailand. Makanan sana sedap2 belaka.
ReplyDeleteMemang best food hunting juga. One day kene pergi ni...hehe
Betul cuya kalau kat sana femes dengan makanan sedap2 kan
DeleteTerima kasih sudi tinggalkan komen. Moga dimurahkan rezeki semua. Tunggu saya terjah balik yer..:)