Perlindungan Perubatan Hanya Serendah RM10 di Lyndung

Perlindungan Perubatan Hanya Serendah RM10 di Lyndung | Assalamualaikum.

Di zaman serba moden ini rata-rata keluarga mempunyai perlindungan perubatan atau lebih dikenali sebagai medical card. Perlindungan perubatan sangat penting kerana ia adalah untuk melindungi kita dari segi kewangan. Perlindungan perubatan ini akan memberikan perlindungan sekiranya berlaku kematian atau kecacatan, menampung bil perubatan kita termasuk kos bilik hospital, konsultasi, pembedahan, rawatan dan juga ubat-ubatan jika kita sakit atau kemalangan.

Jika dulu hanya orang-orang tertentu sahaja yang mengambil perlindungan perubatan ini. Tapi kini majoriti penduduk Malaysia mempunyai perlindungan perubatan ekoran dari kos perubatan yang makin meningkat setahun demi setahun.

 

Perlindungan Perubatan Hanya Serendah RM10 di Lyndung

 


Walaupun kita nampak RM10 hanya nilai yang kecil, tetapi ianya mampu memberi perlindungan dari segi kewangan jika apa-apa berlaku kepada kita dan juga keluarga kita. Harga yang sangat mampu milik dan murah sebenarnya dan ia hanya ditawarkan di Lyndung menarik kan? Jika RM10 di zaman sekarang hanya dapat bayar sekali makan tengahari tetapi dengan hanya RM10 sebulan Lyndung mampu memberikan perlindungan perubatan yang terbaik.

Mengikut Ketua Pegawai Eksekutif Lyndung, Shamsuddin Salleh, produk ini baru sahaja dilancarkan pada 28 Februari 2023 yang lalu dan sudah 374 orang yang mendaftarkan minat terhadap program ini. Memang pakej menarik ni.

Apa Itu Lyndung?


Lyndung Sdn. Bhd. (Lyndung) ialah sebuah syarikat berasaskan teknologi yang menyediakan solusi digital sepenuhnya. Ia dilengkapi dengan eKYC, semakan perkongsian dan pemantauan dashboard yang boleh dilakukan secara online dan menjadikan Lyndung mudah dicapai oleh semua tanpa mengira lokasi.

Lyndung Menawarkan Produk Patuh Syariah


Korang jangan risau kerana pakej yang ditawarkan oleh Lyndung patuh syariah tau. Lyndung telah menerima sijil patuh Syariah daripada Tawafuq Consultancy untuk Program Perkongsian Komuniti Lyndung pada 1 Disember 2022.





Lyndung Bukan Syarikat Insurans atau Takaful 


Oh ya, Lyndung ini bukan syarikat yang menawarkan medical card seperti syarikat insurans atau takaful tau. Ia adalah satu Program Perkongsian Komuniti untuk Bil Perubatan merupakan sebuah perkhidmatan yang ditadbir oleh Lyndung Sdn. Bhd. (1454883-V) yang ditubuhkan pada 14 Mac 2022. Lyndung Sdn. Bhd. Kalau korang nak tahu, ia adalah sebuah anak syarikat kepada iSaham Sdn.Bhd. (1257515-W), peneraju kepada portal analisis pelaburan berasaskan data di Malaysia.

Sebagai sebuah platform perkongsian komuniti yang menerapkan nilai kebaikan dan integriti sebagai salah satu nilai teras, kesemua ahli akan berganding bahu untuk membantu antara satu sama lain dengan berkongsi perbelanjaan perubatan yang ditimpa musibah kesihatan. Lyndung juga menggalakkan semua ahli untuk bertanggungjawab dan tidak menggunakan kelebihan program untuk menindas ahli komuniti lain.

Malah Program Lyndung ini terbuka untuk individu dan juga korporat. Program Lyndung dilaksanakan melalui perkongsian bil perubatan secara sama rata bersama Ahli Komuniti Lyndung yang lain. 

Syarat-syarat untuk Menyertai program Lyndung untuk Individu

Syarat untuk individu mudah sahaja pastikan korang Rakyat Malaysia yang berumur di antara 18 - 40 tahun tanpa sebarang penyakit sedia ada.

Syarat-syarat untuk Menyertai Program Lyndung untuk Korporat

Tambah menarik, Lyndung juga ada program korporat. Syarikat bertaraf mikro dan SME berpeluang untuk memberikan kebajikan perubatan kepada pekerja dengan harga yang sangat mampu milik.

Fi Pendaftaran Program Lyndung

Berapakah Fi yang yang dikenakan untuk program Lyndung Individu dan Korporat ini? Jom Marsha kongsikan dengan korang:



Fi Keahlian program Lyndung untuk Individu


#1 Sumbangan Perkongsian Awal

Semasa pendaftaran anda juga perlu membuat Sumbangan Perkongsian Awal berjumlah RM100. Konsep yang digunakan sama seperti kredit ataupun prepaid.

Apabila ada perkongsian yang perlu dilakukan nanti, ia akan ditolak daripada Sumbangan Perkongsian Awal ini.

Sebagai contoh, bil perubatan bulan tersebut adalah RM10,000 dan bilangan ahli adalah 2,000 orang, maka apabila dibahagi sama rata setiap ahli perlu membayar RM5. 

Apabila ditolak daripada RM100 tadi, baki akan menjadi RM95.

Anda tidak perlu risau kerana kesemua Sumbangan Perkongsian Awal akan disimpan oleh syarikat amanah


#2 Fi Keahlian 

Anda boleh memilih mod keahlian secara Bulanan ataupun Tahunan.

Fi Keahlian Bulanan


Fi keahlian untuk bulanan adalah sebanyak RM10. Fi yang dikutip digunakan sebagai yuran Wakalah untuk menampung perbelanjaan pengurusan seperti pengambilan perkhidmatan TPA, dan eKYC Program.

Fi Keahlian Tahunan

Fi keahlian untuk tahunan pula adalah sebanyak RM120. Fi yang dikutip digunakan sebagai yuran Wakalah untuk menampung perbelanjaan pengurusan seperti pengambilan perkhidmatan TPA, dan eKYC Program.



Manfaat Program Individu & Korporat


Banyak manafaat yang kita akan dapat jika kita mendaftar Program Individu Lyndung ini seperti gambar dibawah:





Menarik kan manafaat program Lyndung ni untuk individu? Korporat pula macamana? Jom kita tengok:



Jadi kedua-dua program mempunyai manafaat masing-masing dan kita boleh jimat dengan program Lyndung ni. Hospital panel yang mengambil bahagian pun semua bukan biasa-biasa.



Lyndung Menawarkan Program Affiliate


Bagi yang berminat untuk buat affiliate untuk jana pendapatan tambahan inilah peluang korang! Sambil-sambil membantu orang lain korang pun boleh jana pendapatan dalam masa yang sama. Korang join program affiliate Lyndung dan mempromosikan Lyndung, dalam masa yang sama korang boleh memberi kesan positif kepada kehidupan orang ramai sambil memperoleh komisen.





Jika korang ahli Lyndung sedia ada, korang tidak perlu mendaftar sebagai affiliate. Hanya pergi ke referral program untuk ahli dan terus boleh promosikan Lyndung.

Daftar & Nikmati Manafaat Terbaik dari Lyndung


Kini korang tak perlu kos yang agak tinggi untuk nikmati manafaat medical card untuk dapatkan akses fasiliti perubatan. Lyndung kan ada!



Marsha 
Part Time Blogger 
Niche Lifestyle, Parenting, Healthy, Beauty & Travel 
Collaboration & Review Blogger

0 Comments

Subscribe Us