Tufael ke HFMD! Marsha Kongsikan Pengalaman Menjaga Anak yang sakit HFMD | Assalamualaikum.
Sekarang ni tengah kecoh kan tentang Penyakit Tangan, Kaki & Mulut atau lebih dikenali sebagai HFMD ( Hand, Foot & Mouth Disease). Kalau dekat Ipoh ni kes HFMD tengah mencanak-canak naik. Marsha pasti ramai ibu-ibu seram bila dengar ayat HFMD ni kan. Marsha pun sama kalau boleh nak elak anak-anak dari terkena HFMD ni. Tetapi kita hanya merancang, Allah yang tentukan.
Tufael kena HFMD! Marsha Kongsikan Pengalaman Menjaga Anak yang sakit HFMD
Akhirnya 2 minggu lepas, anak Marsha yang no 3 Tufael disahkan mengidap HFMD. Sebagai ibu Marsha memang sangat terkejut sebab tak sangka anak sendiri akan mengidap HFMD ni. Sedih sekejap tapi Marsha tetap cari solusi untuk menjaga anak-anak yang menghidap HFMD ini.
Simptom Hand, Mouth & Foot Disease ( HFMD )
Ia berlaku pada hari Jumaat, 11 Ogos 2023 dimana malam jumaat tu Tufael bagitau yang tapak kakinya sakit. So, suami Marsha tengok dan ada satu titik kemerahan di tapak kaki. Pada awalnya kami ingat Tufael mungkin terpijak sesuatu.
Pagi esoknya 12 Ogos 2023, Tufael bagitau lagi kakinya sakit. Bila Marsha tengok tapak kaki dia makin banyak titik kemerahan tu. Macam pelik pula kami berdua tengok.
Dalam hati terdetik terus HFMD tapi masih rasa ragu-ragu sebab di tadika Tufael tak ada kes HFMD. Tapi Marsha terus cek bahagian badan Tufael yang lain dan ternyata simptom HFMD tu makin kuat.
Bahagian jari |
Bahagian Tapak Tangan |
Cacar naik di bahagian lutut |
Ulser dalam mulut ( bahagian putih dalam mulut ). Sorry dalam mulut Tufael tu biskut. Dia tengah makan biskut…..hihihi |
Marsha lebih percaya ianya HFMD bila tengok ada ulser dalam mulut Tufael. So kami decide untuk ke klinik terus. Bila ke klinik, Doktor sahkan Tufael menghidap HFMD dan keluarkan beberapa dokumen seperti MC dan juga dokumen untu Marsha ambil cuti kuarantin. Ya doktor ada bagi ubat juga. Ubat yang doktor preskripsi ialah ubat demam, ubat gatal, krim gatal dan juga krim dalam mulut untuk ulser.
Anak yang menghidap HFMD ni mungkin akan demam. Tufael naik juga suhu dia 1st day tapi alhamdulillah lepas makan ubat demam suhunya cepat turun.
Hari pertama, melepek demam |
Cuti Kuarantin untuk HFMD
Jika suami isteri bekerja ia mungkin akan ada sedikit masalah sebab penyakit HFMD ni perlu kuarantin. Mujur juga ada kemudahan Cuti Kuarantin untuk Menjaga Anak ni. Marsha kongsikan sekali dekat korang infografik ni ok!
Jadi Marsha terus maklumkan pengetua dan pada isnin Marsha ke sekolah hanya untuk mengisi borang permohonan cuti kuarantin. Kalau korang cikgu, biasa kena isi borang manual dan kerani akan submit ke JPN Negeri. Mungkin tak sama antara sekolah atau negeri juga.
Borang ini mestilah disertakan sekali dengan lampiran yang doktor bagi sebagai bukti. Alhamdulillah Marsha dapat cuti kuarantin sebanyak 5 hari dari Isnin hingga Jumaat. Jadi bermulalah episod Marsha menjaga anak kuarantin selama 5 hari.
Marsha juga cutikan abang Tufael, Baihaqi sebab takut Baihaqi terjangkit dan bawa virus ini ke sekolah dan akan menjangkit rakan-rakan lain pula. Menurut doktor virus ini akan mengjangkiti 3 hari sebelum naik simptom. Jadi better cutikan abang Tufael sekali.
Cara Penjagaan Anak yang Dijangkiti HFMD
Bila anak-anak menghidapi penyakit HFMD ni kita perlu penjagaan khusus sebab kita nak elak penyebaran virus ini juga. Untuk penjagaan anak, paling penting pastikan anak-anak minum air secukupnya dan juga makan. Kerana anak-anak mungkin akan kurang makan disebabkan mulut sakit kerana ulser.
Jadi Marsha belikan aiskrim vanila untuk anak Marsha makan dan juga galakkan dia minum air putih yang sejuk. Jadi Tufael tak rasa sangat sakit dalam mulut. Untuk makan pula, alhamdulillah Tufael makan apa sahaja yang Marsha masak. Cuma Marsha pastikan makanan dia tak pedas dan panas. Sebab nanti ia akan menyebabkan sakit dalam mulut.
Cara nak mengurangkan penyebaran pula Marsha pastikan anak Marsha bersihkan tangan dengan kerap. Marsha pastikan semua orang dalam rumah basuh tangan dengan sabun sebelum dan selepas makan, serta selepas keluar daripada tandas. Pakaian juga dibasuh secara berasingan dan guna air panas. Ada yang beri pendapat kena rebus pakaian tapi Marsha just guna air panas yg settting dalam mesin basuh serta keringkan terus.
Marsha juga pastikan isi rumah yang lain tidak berkongsi makanan, minuman, peralatan, tuala dan sikat gigi dengan Tuafel dan juga elakkan menyentuh mata, hidung dan mulut dengan tangan yang tidak dicuci. Marsha juga bersihkan mainan dan sanitasi permukaan yang sering disentuh. Untuk mandian pula, Marsha guna sabun Neem supaya cacar Tufael cepat baik.
Ingat ye, cuti kuarantin ni bukan tiket untuk kita cuti jalan-jalan ye sebab ia akan menyebabkan penyebaran virus dekat orang lain pula. Jadi duduk dirumah ok!
Dalam masa kuarantin, pihak KKM negeri ada whatsapps dan berikan link goggle form untuk Marsha isi detail tentang Tufael dan sejarah pergerakan dia. Alhamdulillah kami memang tak kemana sebab kebetulan suami sering outstation jadi kami lebih banyak dirumah.
Akhirnya Tufael dan Sembuh HFMD
Alhamdulillah genap seminggu Tufael dikuarantin, akhirnya Tufael 100% sembuh dari HFMD. Alhamdulullah Tufael ni Marsha nampak dia tak dapat severe HFMD. Mungkin yang mild sahaja sebab demam pun 1 malam je.
Nasib baik juga Marsha kuarantinkan abang dia skali, Baihaqi dan macam dijangka Baihaqi juga dijangkiti HFMD sebab dia terdedah dengan adik dia sebelum itu lagi dirumah dan syukur Baihaqi juga dapat HFMD ringan. Lebih ringan dari Tufael sebab cacar dia hanya sebiji dua je dekat lutut, siku dan juga titik kemerahan dekat tapak kaki dan tangan pun sama hanya sebiji dua. Ulser pun ada hanya 1 tempat. Marsha minta anak-anak Marsha kerap kumur dengan ubat kumur kanak-kanak jadi ulser cepat sembuh.
Alhamdulillah pengalaman pertama ini sangat berharga. Moga Marsha dapat kongsikan pengalaman dan dapat membantu ibu bapa diluar sana. Aaaminnn.
Marsha
Part Time Blogger
Niche Lifestyle, Parenting, Healthy, Beauty & Travel
Collaboration & Review Blogger
2 Comments
Ya Allah siannya dia. Alhamdulillah, syukur dah sihat.
ReplyDeleteAlhamdulillah ray mujur la kena yang mild je tak teruk sangat. Syukur sekarang dah sihat
DeleteTerima kasih sudi tinggalkan komen. Moga dimurahkan rezeki semua. Tunggu saya terjah balik yer..:)