Cetaphil® Optimal Hydration Skin Replenishing Water Gel BAHARU Terbukti Secara Klinikal Memberikan Penghidratan selama 72 jam

Cetaphil® Optimal Hydration Skin Replenishing Water Gel BAHARU terbukti secara klinikal memberikan penghidratan selama 72 jam | Assalamualaikum.

Bila dengar Cetaphil®, kita dah sedia maklum ia adalah jenama penjagaan kulit dermatologi No. 1 di Malaysia. Mana tak nya bila ke drugstore atau farmasi jenama Cetaphil® ni berada di rak-rak didalam kedai mereka. Kini Cetaphil® memperkenalkan produk inovasi penghidratan era baharu dengan pelancaran tambahan produknya yang terkini dalam rangkaian Optimal Hydration: Cetaphil® Optimal Hydration Skin Replenishing Water Gel BAHARU, iaitu gel air ringan yang menghidratkan kulit kering dengan serta-merta dan mendalam secara berterusan selama 72 jam. Ia memang sangat sesuai dengan kulit Marsha jenis kombinasi sebab ada beberapa bahagian kulit kekeringan.





Rangkaian Cetaphil® Optimal Hydration dikuasakan oleh HydroSensitiv™ Complex Cetaphil® yang unik dengan menggabungkan Aquaxyl, Gliserol dan Blue Daisy yang memberi kelegaan dan meningkatkan kandungan air kulit. Kini, dengan tambahan Cetaphil® Optimal Hydration Skin Replenishing Water Gel, yang membawakan teknologi pelepasan secara perlahan yang padat dengan Asid Hialuronik dan Asid Poliglutamik, rangkaian ini menawarkan penghidratan yang berpanjangan untuk hasil kulit lebih gebu dan lembut.


Gel air yang bersifat sangat ringan dan menyejukkan ini menangani tanda-tanda utama dehidrasi kulit dan memberikan kesan nyaman dan kelegaan penghidratan serta-merta kepada kulit sensitif yang mengalami dehidrasi. Cetaphil® Optimal Hydration Skin Replenishing Water Gel juga terbukti secara klinikal dapat memperkukuh penahan lembapan kulit sehingga 24 jam dan mengurangkan lima tanda sensitiviti (keradangan, sensitiviti, kekusaman, ketegangan dan kekasaran) selepas tujuh hari penggunaan.



Tambahan pula, gel air ini bertindak menyejukkan, menyegarkan dan menggebukan kulit yang mengalami dehidrasi dan keradangan serta pada masa yang sama bebas sepenuhnya daripada minyak, pewangi dan pewarna. Sifatnya yang berbentuk gel memudahkan penyerapan, memberikan sensasi sejuk dan kemujaraban yang mantap. Gel ini juga terbukti secara klinikal dapat meningkatkan kualiti kulit hanya selepas menggunakannya dua kali sehari selama sebulan, sekali gus menampilkan kulit yang lebih licin dan halus.


Pengurus Cawangan Galderma Malaysia, Cindy Tiu, berkata 

“Menerusi kajian kami pada awal tahun ini, kami mendapati wujudnya hubungan intrisik antara dehidrasi dengan sensitiviti kulit. Kajian ini menunjukkan bahawa keadaan dehidrasi akan melemahkan penahan lembapan kulit, sekaligus meningkatkan kerentanannya terhadap sensitiviti dan keradangan. Sebagai jenama yang dikenali untuk produk kulit sensitif, strategi inovasi Optimal Hydration kami adalah untuk menghentikan kitaran sensitiviti kulit yang berkaitan dengan dehidrasi.”


“Komitmen kami tertumpu pada usaha untuk memenuhi keperluan unik individu yang mempunyai kulit sensitif. Kami berhasrat untuk memenuhi dan melangkaui jangkaan pengguna kami dengan menawarkan penyelesaian penjagaan kulit yang berkesan dan bukan hanya sekadar penghidratan yang biasa kepada mereka. Matlamat kami adalah untuk memperkasakan individu dengan kulit sensitif untuk memperoleh kulit yang sihat, terhidrat dengan baik dan berdaya tahan. Cetaphil® Optimal Hydration Skin Replenishing Water Gel yang serba baharu ini melangkaui tindakan menghidratkan dan direka khusus untuk mempertingkatkan daya tahan kulit di samping menyamankan dan meningkatkan kualiti kulit sensitif secara menyeluruh,” 

tambahnya.


Rangkaian Cetaphil® Optimal Hydration bertindak memerangkap lembapan dan kini dengan Cetaphil® Optimal Hydration Skin Replenishing Water Gel BAHARU, produk ini memberikan penghidratan yang berpanjangan selama 72 jam. Diformulasikan untuk kulit kering, serta yang mengalami keadaan kulit dehidrasi dan sensitif, rangkaian produk ini mengembalikan penghidratan kulit, menyamankan kulit, dan mengekalkan penahan kulit. Rangkaian Cetaphil® Optimal Hydration terdiri daripada Optimal Hydration 48-Hour Activation Serum, Optimal Hydration Healthy Glow Daily Cream, dan Optimal Hydration Refreshing Eye Serum.




Rangkaian Cetaphil® Optimal Hydration termasuk Cetaphil® Optimal Hydration Skin Replenishing Water Gel BAHARU kini boleh didapati di semua farmasi terkemuka di seluruh negara, termasuk Watsons, Guardian dan e-kedai rasmi Cetaphil®. Korang juga boleh menebus sampel percuma Cetaphil® Optimal Hydration Skin Replenishing Water Gel dan menikmati hadiah percuma eksklusif dengan pembelian Cetaphil® Hydration Skin Bar, mulai sekarang sehingga bulan November, di cawangan Watsons dan Guardian terpilih di pusat beli belah.


Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.cetaphil.com.my/.

Marsha 
Part Time Blogger 
Niche Lifestyle, Parenting, Healthy, Beauty & Travel 
Collaboration & Review Blogger

0 Comments

Subscribe Us