Norwex Asia Conference 2023 Lancarkan Produk Baru - Norwex Skincare

Norwex Asia Conference 2023 Lancarkan Produk Baru - Norwex Skincare | Assalamualaikum.

Alhamdulillah tahun 2023 ni tahun ke-3 Marsha join Norwex Asia Conference dan tahun ke-2 Marsha join secara fizikal sebab sebelum ni hanya join secara online disebabkan PKP. Tahun ini Norwex Asia Conference ni diadakan di KLCC Convention Centre. Jadi awal-awal keluar tarikh dan venue untuk Norwex Asia Conference 2023 ni Marsha minta suami booking kan penginapan yang kalau boleh berhampiran dan walking distance senang sikit. Alhamdulillah misi booking penginapan setel.

Norwex Asia Conference 2023



Sebenarnya Marsha masih lagi sebagai CST aka consultant Norwex Malaysia. Cuma sekarang ni baru nak aktif balik sebab sebelum ni agak sibuk dengan kerja hakiki dan tugas-tugas wajib yang lain. Sayang dengan Norwex ni sebab ia produk yang sangat bagus dan dekat rumah Marsha boleh deep cleaning rumah HANYA GUNA AIR SAHAJA. Tanpa risau bakteria dan juga kotoran yang mungkin tak tanggal. Interesting kan?

Ini disebabkan hampir kesemua produk pembersihan Norwex ni mempunyai sistem ‘Backlock’ dimana ianya ianya ‘lock bacteria’ ketika kita menggunakan produk Norwex. Secara jujurnya sesi pembersihan rumah Marsha dah makin mudah dan tak renyah. Mostly dekat rumah tu produk semua Norwex. Bukan sebab CST juga tetapi memang Marsha suka dengan produk Norwex ni.




Produk yang selalu Marsha guna dekat rumah ialah Mop System, Kitchen Cloth, Enviro Cloth. Ini memang favorite Marsha dan selalu guna dekat rumah. Suami Marsha pula dia sangat suka dengan set Car Wash. Itu memang selalu dia guna. Dia tak pergi cuci kereta dekat luar dah sebab dia boleh cuci kereta HANYA GUNA AIR JE dan memang berkilat.

Norwex Asia Conference 2023 Lancarkan Produk Baru - Norwex Skincare

Seperti mana-mana jenama pun setiap kali conference mesti akan lancarkan produk terbaru. Kini Norwex telah memperkenalkan rangkaian terbaru mereka iaitu NORWEX SKINCARE. Memang teruja betul sebab Norwex memecahkan tradisi dengan produk kesihatan kulit. Kalau sebelum ni sebut Norwex je mesti kita teringat kain atau mop betul tak? 

Pastinya produk Norwex Skincare ini kandungannya juga mesra alam seperti produk kainnya juga. Bila dengar kandungan bahan-bahan yang digunakan, Marsha sangat-sangat kagum. Teringin sangat nak memilikinya. Norwex memperkenalkan 5 rangkaian Norwex Skincare yang terdiri dari Cleansing Facial Powder, Hydrating Lotion, Rejuvenating Serum, Illuminating Oil dan Renewing Eye Cream.


Marsha paling teruja dengan dia punya Cleansing Facial Powder sebab ianya bebentuk powder. Biasanya cleanser berbentuk cecair atau foam je kan? Haaa….teruja tak? 

Ia terdiri dari 2 jenis 

Complete Skin Care Set

Essentials Skin Care Set


Skin Care No No List

Norwex Skincare dijamin dengan Skin Care No No List. Jadi list dibawah adalah 20 bahan “nasties” yang sangat terkenal dan dijamin tiada dalam produk penjagaan Norwex terbaru ini. .

  1. 1, 4-Dioksana
  2. Akrilat: (etil akrilat, etil metakrilat, metil metakrilat, butil metakrilat, hidroksipropil metakrilat, tetrahydrofurfuryl, metakrilattrimetilolpropana trimetakrilat, garam aluminium)
  3. Benzofenon
  4. Hidroksianisole berbutil (BHA)
  5. Butylated hydroxytoluene (BHT)
  6. Tar arang batu dan derivatif (termasuk p-phenylenediamine)
  7. Cyclotrasiloxane (D4, D5, D6), had ambang <100 ppm
  8. Etanolamin dan sebatiannya (MEA/DEA/TEA)
  9. Etilena Oksida
  10. Asid Ethylenediaminetetraacetic (EDTA)
  11. Pelepas formaldehid dan formaldehid
  12. Gluten
  13. Logam berat (antimoni, arsenik, kadmium, kromium VI, kobalt, nikel)
  14. Hidrokuinon
  15. Isothiazolinones (MIT, CMIT, BIT)
  16. Paraben (semua)
  17. Phthalates (semua)
  18. SLS
  19. Triclosan
  20. Pelarut sintetik meruap

Bahan dari Bahan Kitar Semula

Semasa penerangan tentang Norwex Skincare ini, Marsha tertarik dengan kandungan Norwex Skincare sebab bahan yang digunakan adalah dari bahan kitar semula. Ia adalah bahan mentah guna semula yang sebaliknya akan berakhir dalam aliran sisa industri.

Ia sangat penting kerana Norwex dalam usaha untuk mengurangkan sis dengan
1) Menggunakan sesuatu yang biasanya akan dibuang, dan 
2) Membantu mencegah pelepasan gas rumah hijau yang berlaku apabila bahan semula jadi terurai.

Norwex Skincare mengandungi bahan penting iaitu Minyak biji kranberi untuk memberikan keseimbangan omega 3, 6 dan 9 melembapkan dan menggalakkan keserian kulit. Juga menenangkan kulit dan menguatkan penghalang pelindung kulit. Ia juga mengandungi Lilin dedak padi: Memberikan pengelupasan lembut.


Norwex Asia Conference 2023 Sangat Meriah

Alhamdulillah seperti tahun lepas, Norwex Asia Conference 2023 sangat meriah. Meriah dengan goodies, sample produk dan juga dengan lucky draw. Lucky draw semua best-best cuma belum rezeki Marsha nak merasa...hihi. Cuma tahun ni ramai kawan-kawan tak dapat datang. Mujur juga baa husband tahun ni dapatlah dia merasa suasana Norwex Asia Conference 2023 ni. 







Menu pada hari tersebut pun best-best tau. Memang seronok sangat. Harap next year dapat join lagi Norwex Asia Conference 2024 pula. InsyaAllah jika panjang umur....Aaamin. Jadi kalau korang nak dapatkan produk Norwex, korang boleh contact Marsha terus ye. Klik je NAK PRODUK NORWEX dan Marsha akan served korang sepantas mungkin ya. 


Marsha 
Part Time Blogger 
Niche Lifestyle, Parenting, Healthy, Beauty & Travel 
Collaboration & Review Blogger

0 Comments

Subscribe Us