Kempen SUNPLAY 'WE CARE FOR THE OCEAN 2023' Menggalakkan Tanggungjawab Alam Sekitar

Kempen SUNPLAY 'WE CARE FOR THE OCEAN 2023' Menggalakkan Tanggungjawab Alam Sekitar| Assalamualaikum.


Sunplay, jenama utama perlindungan matahari dengan bangganya mengumumkan pelancaran kempen CSR tahunan ‘We Care for the Ocean 2023’ ke-3. Kempen ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran tentang pencemaran laut. Mereka juga menggalakkan sukarelawan untuk menyertai usaha membersihkan pantai untuk kempen ini.


Kempen SUNPLAY 'WE CARE FOR THE OCEAN 2023' 


Komitmen syarikat ditingkatkan pada tahun ini menerusi usaha untuk melibatkan pantai di Negeri Sembilan iaitu Pantai Blue Lagoon. Peningkatan komitmen ini membuktikan kesanggupan Sunplay untuk meluaskan impak dan menangani isu alam sekitar di kawasan-kawasan lain di Malaysia. Secara keseluruhannya, syarikat akan membersihkan sebanyak tujuh buah pantai di seluruh negara.




Sempena dengan kempen ini, Sunplay menjalinkan kerjasama dengan Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS) dan Watsons. Sumbangan sebanyak RM 1 akan disalurkan ke dana kempen daripada setiap produk penlindung matahari luar Sunplay yang dijual di Watsons sepanjang bulan November. Inisiatif ini menggalakkan pengguna untuk menyumbang kepada usaha alam sekitar sambil memastikan kulit mereka kekal terlindung di bawah sinaran matahari.





Sunplay akan bekerjasama dengan seorang pendukung tindakan iklim dan kelestarian tempatan yang terkenal, Melissa Tan yang akan memberikan perspektif yang baharu untuk kempen ini. Kepakaran dan semangat beliau dalam melindungi alam sekitar akan membantu meningkatkan kesedaran orang ramai tentang bahaya pencemaran lautan dan menggalakkan lebih ramai individu untuk bertindak.






Pada tahun lepas, kempen ini telah berjaya mengumpulkan sebanyak 1,348 kg sampah. Bagi tahun ini, Sunplay bermisi untuk mengutip jumlah yang lebih besar untuk membawa impak yang ketara terhadap kebersihan pantai dan pemuliharaan ekosistem marin.

Sunplay Sport 120 Body Mist


Selain daripada pemeliharaan hidupan marin, Sunplay mempunyai dalam rangkaian produknya, Sport 120 Body Mist yang mesra laut. Ia direka khas untuk peminat sukan, peminat kecergasan luar dan pencari pengembaraan.

Sunplay Sport 120 Body Mist menawarkan perlindungan stabil foto dan UV spektrum luas untuk melindungi daripada pancaran UVA/UVB. Semburan yang disertakan dengan asid hyaluronik memberikan kelembapan yang tinggi walaupun dalam keadaan yang mencabar. Formula semburan termasuk RonaCare Ectoin dan Ekstrak Golden Seaweed untuk melawan penuaan pramatang, melindungi kulit daripada bintik matahari, garisan halus dan kulit kasar.

Ciri terbaik Sunplay Sport 120 Body Mist ialah teknologi kulit basahnya yang inovatif bagi membolehkan penggunaan pada kulit basah disebabkan peluh atau air. Satu lapisan perlindungan segera terbentuk dengan rumusan berair mudah menyerap bagi memastikan keselesaan sepanjang hari tanpa rasa berminyak. Dengan daya kalis air dan peluh sehingga 4 jam, ia terbukti sesuai untuk aktiviti bertenaga tinggi dalam cuaca yang mencabar, memberikan sensasi penyejukan segera dan sedikit bau pudina untuk keselesaan tambahan.

Yang penting, Sport 120 Body Mist adalah mesra laut dan tidak mengandungi oksibenzon, oktinoksat, 4MBC dan butylparaben. Dengan memilih perlindungan daripada matahari yang mampan ini, kita dapat menyumbang kepada usaha memulihara lautan dan ekosistem marin kita yang berharga sambil melindungi diri kita sendiri.

Sport 120 Body Mist (165ml) dijual di farmasi terkemuka dan kedai dalam talian melalui Lazada dan Shopee, pada harga RM69.90.

Marsha 
Part Time Blogger 
Niche Lifestyle, Parenting, Healthy, Beauty & Travel 
Collaboration & Review Blogger

0 Comments

Subscribe Us