Penyanyi Sensasi Ernie Zakri Dipinang Jenama Skarf Tempatan Ayuwan Menjadi Duta Produk | Assalamualaikum.
Ernie Zakri, siapa yang tak kenal penyanyi sensasi yang kekal dengan imej bersih dan sensasi masa kini kan? Kalau korang nak tahu Ernie Zakri telah dipinang oleh jenama skarf tempatan, Ayuwan menjadi Duta Produk mereka. Sesuai dengan imej yang bertudung dan karakter yang berani seperti tagline Ayuwan iaitu Berani Tampil Cantik.
Penyanyi Sensasi Ernie Zakri Dipinang Jenama Skarf Tempatan AYUWAN Menjadi Duta Produk
Pada awal November baru-baru ini Ayuwan, jenama tudung dan skarf tempatan dikenali dengan dedikasinya yang menjunjung kualiti tanpa mengetepikan rekaan dalam menuruti trend semasa.
Ayuwan dengan berbesar hati telah mengumumkan usaha samanya dalam melantik penyanyi bervokal lantang, Ernie Zakri sebagai duta jenama rasminya. Lantas, ia melayangkan era baharu buat jenama dengan mempertaruhkan himpunan rekaan yang sofistikated dalam memperkasakan fesyen Muslimah tempatan. Pengumuman ini dibuat sewaktu pelancaran album baharu Ernie Zakri yang berjudul “AURA”.
Pada majlis itu, penyanyi bersuara emas ini menandatangani sebuah plak khas yang dihiasi dengan gambar dirinya yang tampil menggayakan skarf menawan kreasi kreatif Ayuwan. Pengendorsan bersama Ernie ini meneruskan kesinambungan kualiti juga nilai estetika himpunan tudung Ayuwan yang mempesonakan. Kolaborasi bersama Ernie Zakri menjadi detik bersejarah bagi Ayuwan, lalu membuka peluang buat pangkalan pelanggan yang lebih meluas lagi pelbagai. Kehadiran Ernie mewarnai lapangan seni hiburan tempatan, merangkumi intipati komitmen Ayuwan yanga mana menjulang keanggunan, keperibadian, serta kecantikan abadi. Berkarisma lagi bersopan- santun menjadikannya pilihan ideal sebagai wajah Ayuwan.
Gaya peribadinya ditambah pula dengan cara penataan skarf yang tersendiri, imej Ernie Zakri selari dengan barisan produk Ayuwan. Dengan kehadiran Ernie Zakri, Ayuwan teruja untuk meneroka lalu melaksanakan koleksi eksklusif yang menggabungkan gaya penghibur terkemuka itu. Kolaborasi ini bakal menawarkan pelanggan Ayuwan akses kepada pengalaman fesyen yang benar-benar unik dengan rekaan yang mengikuti trend semasa.
“Saya sangat gembira dalam masa yang sama juga teruja. Ayuwan mencerminkan minat saya dalam fesyen dan membolehkan saya berkongsi gaya peribadi serta kreativiti saya dalam menggayakan tudung. Saya juga bakal berkongsi cara penggayaan yang saya gemari secara peribadi dengan peminat dalam masa ke semasa. Jadi, tunggu akan tutorial saya,”
kata Ernie Zakri.
Mengambil lokasi di Sunway Putra Mall, peminat Ernie Zakri berhimpun bagi menyaksikan pengumuman usaha sama serta pelancaran album baharunya. Para tetamu yang hadir dipersembahkan dengan pementasan peragaan himpunan skarf yang membiaskan aura glamor Ayuwan. Pementasannya memperlihatkan barisan produk utamanya; termasuk koleksi Desa, Spora, Pancawarna, Birai dan Gemala. Selain itu, Ernie turut membuat persembahan dengan menyampaikan lagu baharunya secara langsung buat pertama kali. Ia sememangnya detik yang dihargai bagi kedua-dua, pelanggan yang dihargai Ayuwan juga buat peminat setia Ernie Zakri.
Terokai dunia Ayuwan yang anggun lagi bergaya di www.ayuwan.com.my
Part Time Blogger
Niche Lifestyle, Parenting, Healthy, Beauty & Travel
Collaboration & Review Blogger
0 Comments
Terima kasih sudi tinggalkan komen. Moga dimurahkan rezeki semua. Tunggu saya terjah balik yer..:)