Succulent Fair Kembali Lagi Terjah Ipoh Parade | Assalamualaikum.
Buat peminat ‘Succulent Plant’ ini berita baik yang Marsha nak share dengan korang. Atas permintaan ramai, Cactus Boy Nursery akan kembali ke Ipoh Parade dengan Pameran Succulent kali kedua yang sangat ditunggu-tunggu di Ipoh Parade.
Succulent Fair Kembali Lagi Terjah Ipoh Parade
Buat yang belum tahu Succulent Fair ni apa? Sebenarnya ia adalah pameran tumbuhan ‘succulent’ yang mempunyai daun atau batang berair untuk menahan air melalui musim kemarau yang panjang. Kiranya ia seakan kaktus cuma bezanya kaktus berduri. Ia mempunyai dalam berbagai bentuk, warna, ukuran dan juga suhu dan sesuai untuk tumbuh di kawasan kebun kering atau di dalam bekas baik di dalam dan di luar rumah.
24 Nov 2023 yang lepas Cactus Boy Nursery sangat teruja telah mengumumkan Pameran Succulent kali Kedua yang sangat ditunggu-tunggu di Ipoh Parade. Jadi ia berita yang sangat baik semua peminat tumbuhan, pengumpul dan pencinta ‘succulent plant’ dari seluruh utara Malaysia khasnya dan seluruh Malaysia amnya untuk menikmati pengalaman mengasyikkan dengan ciptaan alam semula jadi yang menakjubkan.
Marsha memang suka tengok pelbagai ‘succulent plant’ yang berwarna warni dan comel-comel belaka. Marsha pernah ke Pameran Succulent kali pertama dan ia sangat mengujakan. Ada pelbagai kaktus dan tumbuhan succulent yang sangat menarik dan unik. Memang wajib save date ni nak pergi ke Pameran Succulent kali kedua ni sebab kalau terlepas memang rugi.
Acara Kemuncak Menarik di Succulent Fair kali Kedua
Pada Pameran Succulent kali kedua ini banyak acara yang menarik akan menanti korang dimana acara kemuncaknya yang sangat menarik iaitu:
#1 Flowering Cacti Galore : Terokai rangkaian kaktus berbunga tempatan dan import yang memukau, spesies nadir, tumbuhan eksotik dan daun dalaman yang menarik.
#2 Rare Species Collection (Koleksi Spesies Nadir) : Korang boleh bawa pulang beberapa jenis tumbuhan succulents yang paling diidam-idamkan dan unik, disusun khas untuk peminat tumbuhan succulent.
#3 Expert Insight (Pandangan Pakar) : Korang boleh sertai dan berkenalan dengan Koh Kuan Meng, lebih dikenali sebagai Ah Boy, untuk sesi bernas tentang petua penanaman, panduan penjagaan dan rahsia kaktus dan succulents yang subur.
#4 Free Plants Giveaway : Ah Boy sendiri, pengasas Cactus Boy Nursery, bermurah hati memberikan tumbuhan percuma! (Tertakluk pada terma dan syarat, bilangan terhad)
Bila Pameran Succulent kali Kedua ini akan Diadakan?
Pada yang tak sabar-sabar nak ke Pameran Succulent kali Kedua seperti Marsha, meh Marsha kongsikan maklumat tentang pameran ini:
Tarikh: 1-3 Disember 2023
Masa : 10:00 pagi - 10:00 malam
Tempat : Ruang Legar Tingkat Bawah, Ipoh Parade
Sesi Perkongsian ( Sharing Sessions)
Tak lupa juga ada sesi perkongsian dengan pakar-pakar kaktus dan succulent pada 2-3 Disember 2023, 3 petang & 6 petang. Topik yang akan dikongsikan ialah:
1) Penjagaan asas untuk succulents dan kaktus.
2) Bagaimanakah cara memastikan succulents dan bunga kaktus subur dan mekar?
3) Sesi Hands-on ( Demonstrasi ) - Beli mana-mana 5 succulents dan pasu, kemudian belajar untuk menanamnya bersama-sama dalam satu pasu.
Pameran Succulent Ekstravaganza selama 3 hari ini pasti akan menjanjikan pengalaman yang tidak dapat dilupakan untuk ‘green thumbs’ dan pencinta tumbuhan! Jadi jangan lepaskan peluang korang untuk membawa pulang secebis keindahan alam semula jadi dan menambah koleksi korang dengan flora yang luar biasa dan unik.
Save date korang dan sertai Cactus Boy Nursery di Ipoh Parade untuk meraikan keajaiban botani! Jumpa korang di sana!
Maklumat Lanjut Pameran Succulent kali Kedua
Untuk maklumat terkini dan butiran acara, layari halaman Facebook rasmi Ipoh Parade di https://fb.me/e/gGVlBhcsm. Jom korang kita sama-sama memeriahkan pameran ini ok!
Marsha
Part Time Blogger
Niche Lifestyle, Parenting, Healthy, Beauty & Travel
Collaboration & Review Blogger
0 Comments
Terima kasih sudi tinggalkan komen. Moga dimurahkan rezeki semua. Tunggu saya terjah balik yer..:)