Cara Penjagaan Muka dengan Skincare Terbaik Untuk Kulit Berminyak dan Kombinasi| Assalamualaikum.
Penjagaan kulit adalah sangat penting dalam kehidupan seharian tidak kira golongan lelaki mahupun wanita. Ia sudah tidak asing lagi terutamanya kulit wajah. Jadi tidak hairan jika zaman kini ada di antara kita sanggup menghabiskan ribuan ringgit membuat rawatan dan juga produk demi mendapatkan dan mengekalkan kecantikan kulit supaya sentiasa kelihatan sihat, bersih dan muda remaja.
Untuk mendapatkan rawatan atau memilih produk yang sesuai, paling penting kita perlu kenali kulit kita dulu sebab kulit terbahagi kepada 5 jenis iaitu kulit normal, kulit kombinasi, kulit berminyak , kulit kering dan kulit sensitif. Setiap kulit ini memerlukan penjagaan yang berbeza untuk mendapatkan kulit yang sihat dan cantik bebas dari cela.
Dalam artikel kali ni, Marsha nak kongsikan rutin penjagaan kulit wajah Marsha yang berkulit kombinasi ( kulit berminyak + kulit kering ) . Bagi Marsha, individu yang mempunyai kulit kombinasi ni agak susah untuk dapatkan produk yang sesuai untuk kulit mereka. Bayangkan pelbagai produk yang telah Marsha cuba dan masih gagal untuk cari produk yang sesuai dengan kulit Marsha.
Cara Penjagaan Muka dengan Skincare Terbaik Untuk Kulit Berminyak dan Kombinasi
Kalau korang perhatikan gambar dekat atas, itulah 2 produk yang Marsha amalkan lebih setahun dengan konsisten sebab Marsha dah jatuh cinta. Sebab 2 produk ini berjaya membantu Marsha menjaga kulit dengan baik dan kulit Marsha nampak lebih sihat dan cantik dari sebelumnya yang kusam, berminyak dan tona tidak sekata. Antara punca kulit berminyak pula iklim sebab Marsha memang banyak bekerja diluar kelas memandangkan Marsha juga mengajar PJK dan juga guru Kadet Polis.
Dua produk dari Hansaegee Nature, Aloe AC Clean Bubble Cleanser & Aqua Whitening Cream ni adalah produk wajib harian Marsha selain dari sunscreen. Marsha adalah individu yang simple jadi semestinya Marsha mencari rangkaian penjagaan kulit wajah yang simple tetapi kesannya mantap. Hanya 2 langkah sahaja untuk pagi dan malam. Senang je kan nak dapatkan kulit yang cantik dan sihat?
Step 1 : Marsha gunakan Aloe AC Clean Bubble Cleanser untuk membersihkan kulit muka dan memberikan kesegaran pada kulit.
Step 2: Marsha gunakan Aqua Whitening Cream sebagai pelembap dan dalam masa yang sama ia membantu mencerahkan kulit wajah.
Step 1: Pencuci Muka Terbaik Aloe AC Clean Bubble Cleanser
Langkah pertama rutin penjagaan wajah Marsha ialah mencuci muka dengan Aloe AC Clean Bubble Cleanser . Pencuci muka Aloe AC Clean Bubble Cleanser ni lain dari lain tau. Ini kerana ia berbentuk buih ‘foam’. Jadi tak perlukan air untuk hasilkan buih semasa hendak mencuci muka. ‘Foam’ yang terhasil sangat lembut dan ringan. Ia menggunakan kaedah ‘water soft bubble texture’ tanpa menggunakan penggunaan air yang banyak untuk membentuk ‘foam’. Marsha paling suka lepas cuci muka wajah rasa bersih dari minyak dan segar selepas mencuci muka dengan Aloe AC Clean Bubble Cleanser . Bagi Marsha ia adalah pencuci muka terbaik yang Marsha pernah cuba. Siap in love lagi…hihi. Ia juga pencuci muka untuk kulit berminyak tau!
Lebihan minyak pada kulit wajah akan memerangkap kotoran dan bakteria di dalam pori terbuka. Itu akan menjadi punca jerawat yang banyak dan mungkin tidak terkawal jika kita tidak membersihkan kulit muka dengan baik dan betul-betul bersih.
Untuk pengetahuan korang, semua produk dari Hansagee Nature ni diperbuat dari bahan semulajadi tanpa sebarang merkuri dan juga bebas paraben, bebas sulfat dan alkohol. Jadi tak perlu ragu-ragu kerana ianya selamat. Berita baik buat individu yang mempunyai masalah kulit berminyak, kulit kombinasi dan kulit sensitif ini adalah pilihan terbaik kerana ia adalah pencuci muka untuk kulit berminyak.
Step 2 : Moisturizer / Pelembap Muka Untuk Kulit Berminyak - Aqua Whitening Cream
Langkah kedua sebelum Marsha apply sunscreen mestilah Aqua Whitening Cream. Ia adalah moisturizer terbaik untuk kulit kombinasi macam Marsha. Ia juga sangat sesuai sebagai moisturizer untuk kulit berminyak. Selain iklim, perubahan hormon juga adalah salah satu punca kulit berminyak. Kalau korang perasan kulit muka remaja atau wanita muda kebanyakannya akan ditumbuhi jerawat malah pori terbuka akibat perubahan hormon.
Aqua Whitening Cream ni sangat unik tau! Marsha suka lepas apply dekat kulit wajah akan terhasil ‘water drop’ pada kulit wajah. Ini kerana ia adalah ‘moisturizer water based’.Kulit pun rasa lebih lembap selepas apply Aqua Whitening Cream ke seluruh wajah. Kulit berminyak? Jangan risau sebab Aqua Whitening Cream ni adalah moisturizer untuk kulit berminyak juga.
Kelebihan Aqua Whitening Cream Moisturizer untuk Kulit Berminyak
Kelebihan konsisten dengan Aqua Whitening Cream ialah:- Membantu menyegarkan kulit
- Membantu mengawal lebihan minyak / sebum
- Membantu merawat kesan sunburn, muka kemerahan disebabkan panas matahari
- Membantu mencerahkan kulit
- Sesuai digunakan untuk semua jenis kulit
Tekstur Aqua Whitening Cream juga sangat ringan dan mudah menyerap ke dalam kulit wajah. Nak pakai time cepat-cepat pun sesuai. Tak perlu ambil masa yang lama pun.
Pencuci dan Moisturizer Pakai Waktu Bila?
Mesti korang tertanta-tanya kan pencuci dan moisturizer pakai waktu bila? Untuk mendapatkan kesan yang efisien macam Marsha, korang perlu konsisten dan amalkan setiap pagi dan malam. Itu pun dah cukup untuk mendapatkan hasil yang terbaik. Serius! Kedua produk ini adalah pencuci terbaik dan moisturizer terbaik yang Marsha amalkan. Tak pandang lain dah…hihi.
Kulit Marsha yang sebelum ni berminyak di zon T dan kering di bahagian lain membuatkan kulit Marsha bermasalah dan mudah keradangan. Setelah konsisten menggunakan Hansaegee Nature Aloe AC Clean Bubble Cleanser dan juga Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream, bahagian kulit yang berminyak dah balance minyaknya dan bahagian kering semakin lembap. Kulit pun lebih halus. Paling Marsha lega bila kulit tak mudah keradangan lagi walaupun Marsha rutin harian Marsha padat setiap hari. Alhamdulillah. Sebab itu Marsha in love dengan 2 produk ini.
🍁Brand: Hansaegee Nature
🍁Website: www.hansaegee.com/shop
🍁FB page: https://www.facebook.com/HansaegeeNature
🍁Youtube page: https://www.youtube.com/c/HansaegeeNatureMalaysia
Part Time Blogger
Niche Lifestyle, Parenting, Healthy, Beauty & Travel
Collaboration & Review Blogger
0 Comments
Terima kasih sudi tinggalkan komen. Moga dimurahkan rezeki semua. Tunggu saya terjah balik yer..:)