Skin Aqua Nexta Shield Serum UV Essence bukan Sekadar Sunscreen

Skin Aqua Nexta Shield Serum UV Essence bukan Sekadar Sunscreen | Assalamualaikum.

Penggunaan sunscreen atau juga dikenali sebagai pelindung matahari adalah yang rutin yang paling utama dalam penjagaan kulit. Ini bermakna, jika korang menggunakan pelbagai produk kulit tapi tidak menggunakan sunscreen, penjagaan kulit anda dianggap tidak lengkap.

Penggunaan sunscreen ini bukan saja syarat untuk kegunaan skincare. Malah ia lebih daripada itu. Malaysia yang terkenal dengan musim yang panas dan lembap menyebabkan kulit kita memerlukan perlindungan tambahan dari sinaran matahari yang terik.

Walau ramai yang tahu sunscreen ini penting, tetapi masih ramai yang masih memandang enteng tentang kepentingan sunscreen ini. Mungkin masih ramai lagi yang tidak mempunyai kesedaran dan tidak faham betapa bahayanya kulit yang terdedah dengan sinaran matahari yang terik.

Skin Aqua Nexta Shield Serum UV Essence bukan Sekadar Sunscreen




Sunplay sangat teruja untuk memperkenalkan inovasi terbaharunya dalam perlindungan matahari, Skin Aqua Nexta Shield Serum UV Essence. Pelindung matahari terbaharu ini ditetapkan untuk merevolusikan rutin penjagaan kulit anda dengan gabungan unik lapan serum kecantikan, menawarkan perlindungan dan khasiat menyeluruh untuk kulit anda.




Manafaat Skin Aqua Nexta Shield Serum UV Essence 



#1 Perlindungan UV Spektrum Luas


Menawarkan perlindungan menyeluruh terhadap sinaran UVA dan UVB, serta melindungi kulit anda daripada sinaran ultraungu berbahaya yang boleh menyebabkan selaran matahari dan penuaan awal. Selain itu, ia memerangi pembentukan bintik-bintik gelap untuk memastikan kulit kita kekal sempurna.

#2 8 Bahan Serum Berkhasiat



Sesuai untuk sesiapa sahaja, jenama pelindung matahari Jepun yang digemari ini telah merumuskan produk terbaharunya dengan 8 bahan pelembap yang bersumber alam semula jadi. Bahan-bahan ini termasuk ekstrak Geranium Robertianum, Tocopherol, ekstrak Oenothera Biennis, derivatif Vitamin C, ekstrak pir, ekstrak kulit oren, asid hyaluronik, dan bahan utama, ekstrak articok. Ekstrak articok terkenal dengan keberkesanannya dalam melawan bintik-bintik gelap yang disebabkan oleh penuaan melanosit dan menggalakkan pengeluaran glutation. Ianya bermain peranan utama dalam mengawal pengeluaran melanin, , dengan itu mencegah bintik gelap.


#3 Meningkatkan Keserian Kulit


Skin Aqua Nexta Shield Serum UV Essence memberi nutrisi pada kulit korang dengan memberikan penghidratan yang kuat dan berkekalan. Ia meningkatkan keserian kulit korang dengan menyebarkan cahaya, membetulkan kekusaman kulit, dan menampilkan kulit yang lebih cerah.



#4 Anti-pencemar

Dalam persekitaran yang dipenuhi dengan bahan pencemar berbahaya, pelindung matahari ini berfungsi sebagai perisai kulit korang. Ia berkesan melindungi kulit korang daripada bahan pencemar alam sekitar, termasuk zarah PM2.5, membantu korang mengekalkan kulit yang lebih sihat dan jernih, walaupun dalam persekitaran bandar.

#5 Formula Mesra Terumbu Karang

Manfaat pelindung matahari yang luar biasa ini tidak terhad kepada kulit. Dirumus tanpa Octinoxate, Oxybenzone, Cyclopentasiloxane, dan Cyclomethicone, pelindung matahari ini mempunyai formula mesra terumbu karang yang menjaga kulit korang dan alam sekitar.

Bukan Sekadar Pelindung Matahari 


Paling best Skin Aqua Nexta Shield Serum UV Essence bukan sahaja sekadar pelindung matahari. Malah ianya juga penjagaan kulit dan pelindung matahari yang dipadatkan dalam botol untuk kemudahan korang dan pemakaian yang mudah.




Selain itu, Skin Aqua Nexta Shield Serum UV Essence juga telah menjalani ujian alahan dan diketahui sesuai untuk kulit sensitif. Teksturnya yang licin dan cepat menyerap memastikan rasa ringan, jadi korang boleh menikmati semua faedah ini tanpa sebarang ketidakselesaan.

Alami tahap perlindungan matahari dan penjagaan kulit yang seterusnya dengan Skin Aqua Nexta Shield Serum UV Essence. Dapatkan Skin Aqua Nexta Shield Serum UV Essence (70g) korang pada harga RM85.00 di mana-mana farmasi tempatan, termasuk Watsons dan Guardian, atau platform e-dagang korang, Lazada atau Shopee, sekarang.


Marsha 
Part Time Blogger 
Niche Lifestyle, Parenting, Healthy, Beauty & Travel 
Collaboration & Review Blogger

0 Comments

Subscribe Us