Sajian Warna-Warni Ramadan Iftar Buffet The Haven Resorts, Ipoh

Sajian Warna-Warni Ramadan Iftar Buffet The Haven Resorts, Ipoh | Assalamualaikum.

Tak lama dah kita nak menyambut bulan paling mulia iaitu Bulan Ramadhan. Marsha pasti ramai yang menanti Ramadhan ni kan? Seperti sebelum ni pasti banyak bufet Ramadhan yang akan dianjurkan kan? Haa…sempena Ramadhan 2024 ini The Haven All Suite Resort, Ipoh (The Haven) juga tidak lepaskan peluang memperkenalkan Iftar Bufet Dinner di Cuisines.

Sajian Warna - Warni Ramadan Iftar Buffet Dinner @ Cuisine dengan 60 Juadah Berbuka



Bertemakan “Sajian Warna-Warni Ramadan”, The Haven All Suite Resort, Ipoh (The Haven) telah menawarkan lebih daripada 60 juadah untuk berbuka puasa bermula pada 12 Mac, hari khamis hingga 8 April, hari isnin pada jam 7:00 malam hingga 10:00 malam tahun 2024. Paling istimewa Ramadan pada tahun 2024 ini, The Haven telah mengetengahkan hidangan masakan ala desa yang disediakan oleh pasukan chef mereka yang diketuai oleh Eksekutif Chef Rajesh. 

Antara menu yang bakal memikat selera pengunjung ialah Daging Dendeng Perak, Kambing Varuval, Mee Hoon Goreng Ala Thai, Udang Goreng Kunyit, Ikan Goreng Berempah, Nasi Hujan Panas, Gorengan Istimewa Vegan Spring Roll, Cucur Ikan Bilis, Bubur Pulut Hitam dan banyak lagi.

Menu Berubah Setiap Hari

Menu setiap hari tak sama tau! Jadi kalau korang nak berbuka setiap hari pun tak ada masalah sebab menu akan berbeza setiap hari. Boleh la kita berbuka dalam nature yang indah. Betul tak?

The Haven dalam akan memastikan para pelanggan mereka mendapat pengalaman yang best semasa iftar, mereka telah mempelbagaikan Menu Bufet Ramadan.Menu bufet Ramadan akan berubah pada setiap hari selain menampilkan empat gerai juadah iaitu Gerai Bakar, Gerai Sup, Gerai Mi dan Gerai Gorengan. Turut disajikan lebih daripada 60 jenis hidangan, termasuk pembuka selera serta pemanis mulut.

Kita teaser dengan pemanis mulut yang sedap belaka 


Menu Wajib Cuba, Itik Salai Masak Lemak Cili Padi & Sup Gearbox

Korang….sajian lain yang wajib dicuba ialah Itik Salai Masak Lemak Cili Padi dan Sup Gearbox terkenal. Memang wajib cuba sebab rugi sangat kalau tak cuba. Rasa sedap! Sup Gearbox disediakan secara langsung tau! Sup tulang rusuk berempah yang dimasak selama 5-6 jam dan dibiarkan mendidih bagi mengekalkan rasanya. Di samping itu, ianya juga menggunakan lima jenis sup dan rempah ratus. 






Hidangan di Restoran Cuisines Dijamin HALAL dan Tanpa Perasa & MSG


Di Restoran Cuisines, penyediaan setiap sajian amat dititikberatkan dengan hanya menggunakan bahan-bahan yang segar dan berkhasiat tanpa penggunaan bahan penambah perasa atau MSG. Jadi korang jangan risau ok!

















Harga Iftar Bufet di The Haven Resorts


Nikmati iftar bufet di The Haven dengan hanya RM137 bersih seorang manakala kanak-kanak yang berumur enam hingga 12 tahun serta warga emas dikenakan RM116 bersih. Kanak-kanak bawah 6 tahun menikmati hidangan bufet secara percuma, tertakluk kepada dua orang kanak- kanak ditemani oleh dua orang individu dewasa. 

Ada harga istimewa untuk ‘ Early Bird’ tau! Harga ‘Early Bird’ pula adalah untuk tempahan dan pembayaran yang dibuat pada 14 hari sebelum tarikh tempahan. Harga tempahan awal yang ditawarkan ialah RM116 bersih untuk dewasa dan RM99 bersih untuk kanak-kanak dan warga emas

Selain itu, The Haven juga menawarkan pakej istimewa dimana apabila pelanggan membayar untuk 10 pax akan mendapat percuma 1 pax dengan harga serendah RM124 bersih seorang manakala kanak-kanak yang berusia enam hingga 12 tahun serta warga emas dikenakan RM106 bersih. 

Harga yang ditawarkan ni memang sangat berbaloi dengan pelbagai menu yang sedap disediakan. Ada kambing bakar juga tau! Kambing bakar dia surrrrr!!..hihi





Pakej Staycation Ramadan EksklusifTahun 2024


Nantikan pakej staycation Ramadan eksklusif The Haven Resorts yang akan datang tidak lama lagi pada bulan Mac di laman web thehavenresorts.com

Jangan pikir-pikir lagi korang! Jom rasai pengalaman berbuka puasa di resort mewah terkenal di Ipoh dengan pemandangan tasik semula jadi yang dikelilingi kehijauan dan kedamaian hutan hujan. Korang juga boleh menikmati keindahan bukit batu kapur berusia 280 juta tahun yang merupakan simbol kemegahan The Haven.








Marsha 
Part Time Blogger 
Niche Lifestyle, Parenting, Healthy, Beauty & Travel 
Collaboration & Review Blogger

0 Comments

Subscribe Us