Tahniah Spritzer! Terima 2 Anugerah di Anugerah Jenama Putra 2023

Tahniah Spritzer! Terima 2 Anugerah di Anugerah Jenama Putra 2023 | Assalamualaikum.


SPRITZER denganbangganya mengumumkan telah menerima dua anugerah di AnugerahJenama Putra 2023 yang telah diadakan baru-baru ini.


Dua anugerah tersebut adalah Anugerah Emas dalam. KategoriMinuman-Bukan Alkohol untuk Spritzer, dan Anugerah PersonalitiJenama Putra dalam Kategori Khas untuk Pengasas dan PengarahUrusan, Dato Lim Kok Boon. Ini merupakan pengiktirafan terhadapkomitmen berterusan Spritzer terhadap kecemerlangan, kualiti.

Dari Kiri: En Lim Kim Kow, Direktor Yee Lee Trading Co. Sdn Bhd dan Dr. Chuah Chaw Teo, Pengarah Spritzer 


Dari Kiri: Nizwani Shahar, Ahli Majlis 4As; dan dari Spritzer - Ann Foo Sook Chuen, Pengurus Pemasara; Dr Chuah Chaw Teo Pengarah; Chan Shiao Chew, Ketua Pemasarandan Winnie Chin Ketua Perhubungan Awam (Link)


Dato’ Lim Kok Boon, Pengasas & Pengarah Urusan Spritzer berkata, 

“Kami bersyukur kepada semua pasukan kami yang luarbiasa, yang dedikasi dan kepakarannya telah membawa kemenangan untuk kami pada hari ini. Dengan sokongan selanjutnya daripadamereka, kami yakin akan teruskan mencapai kecemerlangan.”



Dr. Chuah Chaw Teo, Pengarah Spritzer, menyatakan kegembiraan dan penghargaan kami terhadap pengiktirafan dan kepercayaan yang diberikan oleh orang ramai di Malaysia terhadap jenama Spritzer. 


Pengiktirafan ini merupakan pencapaian penting kerana menunjukkankepercayaan berterusan, keyakinan, dan keutamaan pengguna terhadapSpritzer. Ia juga mengukuhkan kedudukan Spritzer sebagai pilihan minuman nombor satu di Malaysia. Kami berterima kasih kepadasemua pihak, terutama kepada pelanggan setia kami, kerana memilihSpritzer.


Anugerah Jenama Putra adalah anugerah jenama utama di Malaysia. Iadianjurkan oleh Persatuan Agensi Pengiklanan  Bertauliah Malaysia (4As) dengan kerjasama Majlis Jenama Malaysia yang Paling Bernilai(MMVB).


Anugerah ini adalah satu-satunya yang disahkan oleh MATRADE dan disokong oleh Persatuan Pengiklan Malaysia (MAA), Persatuan Pakar Media (MSA), dan Persatuan Digital Malaysia (MDA). Ia mengiktirafpembinaan jenama sebagai pelaburan perniagaan yang penting, diukuroleh pengguna.


Anugerah Jenama Putra 2023 telah mengumumkan 149 pemenangdalam 24 kategori, mempamerkan jenama kegemaran rakyat Malaysia dalam pelbagai bidang. Lebih daripada 11,000 maklum balas penggunatelah diterima dari seluruh Malaysia dalam tempoh tinjauan selama 8 minggu.


Hasilnya telah diperakui oleh Ipsos, salah satu agensi penyelidikanglobal terbesar dengan lebih 16,000 kakitangan di 88 negara, dan disahkan oleh Lembaga Pengelola Anugerah. Untuk pemahaman lanjuttentang komitmen Spritzer terhadap kemampanan, sila layari laman web mereka: https://www.spritzer.com.my.


Marsha 
Part Time Blogger 
Niche Lifestyle, Parenting, Healthy, Beauty & Travel Collaboration & Review

0 Comments

Subscribe Us