Mercu Tanda Terbaharu Ipoh “OldTown Heritage Centre” Kini Jadi Tarikan Utama Ipoh | Assalamualaikum.
Orang Ipoh mesti sinonim dengan OldTown White Coffee ( “OTWC” ) kan? Ia adalah sebuah rangkaian kopitiam halal yang terbesar di Malaysia dan ia berasal dari Ipoh. OldTown White Coffee memang terkenal dengan minuman kopi putih istimewa serta juadah tradisi masyarakat Ipoh. Kini OldTown White Coffee telah selangkah ke hadapan dengan telah merasmikan Pusat Warisan baharunya yang dikenali sebagai “OldTown Heritage Centre” yang berlokasi di Jalan Panglima, Ipoh pada 23 Mei 2024 lepas.
‘OldTown Heritage Centre’ Jadi Tarikan Bersejarah Utama Ipoh
Mengenai “OldTown Heritage Centre”
Cantik kan bangunan “OldTown Heritage Centre” ni? Senibinanya sangat unik dan jelas menunjukkan bentuk bangunan baru, terutamanya diepengaruhi oleh susun atur kedai Cina Selatan dengan ciri-ciri eklektik Eropah, melengkapkan fasad bersejarah yang dipelihara dengan jelas di sepanjang Jalan Bandar Timah, Jalan Maharajalela dan Jalan Sultan Yusof. Malah ia masih mengekalkan ciri-ciri tersendiri daripada bangunan warisan bersebelahan seperti tingkap berlengkung dan bidai. Walaupun bangunan itu bukan projek pemulihan, ia dibina semula di tapak bersejarah utama, Jejak Warisan Lagenda Ipoh.
Dibina sebagai lambang terbaru OldTown White Coffee, bangunan mercu tanda ini adalah sangat penting kepada OldTown White Coffee sebagai jenama yang berasal dari Ipoh. “OldTown Heritage Centre” dibina untuk menjadi simbol kebanggaan OldTown White Coffee untuk bandar Ipoh disamping menghargai elemen senibina sedia ada yang mentakrifkan Jejak Warisan seiring dengan Tahun Melawat Perak 2024.
Majlis Perasmian OldTown Heritage Centre Sangat Meriah
Marsha telah menghadiri Majlis Perasmian OldTown Heritage Centre ini dan ia sangat meriah. Ada pelbagai aktiviti yang telah dianjurkan seperti Pengalaman Melukis Kerjasama ( Kanvas oleh Global Art ), Aktiviti Seni Bersamaan - Karikatur, Bengkel Batik dan Kaligrafi Cina serta Persembahan Muzik Tradisional.
Memang betul-betul enjoy sebab dapat join aktiviti macam ni. Sempat buat kaligrafi nama cina untuk singkatan nama sendiri. Anak-anak semua ada nama cina, jadi Marsha pun buat juga sebagai kenangan.
OldTown Heritage Centre juga dilengkapi dengan sebuah galeri seni dimana ia mempamerkan karya-karya artis melalui Projek Kolaborasi Warisan Artis selain daripada kedai cenderahati eksklusif OTWC. Ucapan perasmian oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kopitiam Asia Pacific Sdn. Bhd. , Dawn Liew.
Rezeki memihak kepada Marsha kerana menjadi salah seorang yang memenangi cabutan bertuah pada hari perasmian tersebut. Memang double happiness….hihi. Terima kasih OTWC!!
Kami juga dihidangkan dengan menu-menu makan malam yang semuanya sedap. Menu-menu ini akan ada dalam menu di “Earthcare Cafe” sebuah kafe berkonsepkan makanan “farm-to-table” yang menawarkan kelainan citarasa dan menu baharu OTWC berbeza dengan konsep kopitiam OTWC yang lain. Memang menarik dan unik menu yang dihidangkan.
Kami dijamu minuman aluan dan juga makanan ringan iaitu Iced Shaken Lemon Tea dan Kurma & Butter with Steamed Bread.
Di majlis perasmian tersebut, kami sempat mencuba 4 hidangan utama iaitu Curry Spagheti Soup, Scallop Olio Pan Mee, Nasi Lemak Ayam Berempah dan juga Ginger Chicken Rice Bowl. Juga minuman iaitu OldTown White Coffee Iced , Iced Shaken Lemon Tea dan Matcha Lemon Bliss.
Kami memang teruja bila tengok persembahan menu yang telah disediakan. Ia sangat menyelerakan dan rasanya juga sangat sedap. Semua sedap!
Rakan media (dari kiri) Kam Yan, Hoo Keat, dan Nor Marshaliza teruja dengan pembentangan menu di Kafe Earthcare, yang terletak di dalam Pusat Warisan OldTown yang baru dilancarkan. |
Ruang makan di tingkat pertama Kafe Earthcare, merupakan asas komitmen OTWC untuk menjadi perusahaan yang lestari. |
Menurut Dawn Liew, Ketua Pegawai Eksekutif Kopitiam Asia Pacific Sdn Bhd.
“Pusat Warisan OldTown bukanlah sekadar tempat untuk menikmati kopi dan makanan yang enak. la juga merupakan satu khazanah pelancongan yang unik bagi pengunjung untuk belajar tentang sejarah perkembangan kopi putih Ipoh, dan kami berharap pusat ini mampu memberikan inspirasi kepada orang ramai untuk memupuk semangat penjagaan komuniti dan alam sekitar yang harmoni,"
"Oleh kerana lokasi pusat warisan ini terletak di sekitar Jejak Warisan(*Heritage Trail') yang kaya dengan sejarah, kita perlu mengekalkan keunikan kawasan ini, dan kami berharap ia dapat dicerminkan melalui seni bina bangunan ini serta cara pengendalian operasi kami."
Perasmian Projek Kolaborasi Warisan Artis OTWC
Bersempena dengan upacara pembukaan pusat warisan ini, Projek Kolaborasi Warisan Artis OTWC yang pertama turut dirasmikan pada waktu petang dan telah dihadiri oleh beberapa penggiat seni tempatan, termasuk pereka fesyen terkenal yang tidak asing lagi Melinda Looi dan artis karikatur Azmi Hussin. Projek ini adalah salah satu inisiatif OTWC untuk mempamerkan karya seni artis-artis lokal yang mengagungkan pembangunan dan perkembangan ‘White Coffee’ Ipoh.
Bukan hanya Melinda Looi dan Azmi Hussin, malah ada beberapa lagi penggiat seni tempatan yang bekerjasama dengan OTWC seperti Chin Choon Yau , Chuen Mun Wai, Jeffrey Lim dan juga Lim Pui Wan.
Melalui Projek Kolaborasi Warisan Artis ini, penggiat-penggiat seni yang telah menyumbang karya mereka kepada OldTown Heritage Centre adalah seperti berikut:
- Melinda Looi, pereka fesyen terkenal Malaysia yang mereka bentuk cawan kopi coklat ikonik OTWC pada tahun 2009, kini kembali untuk mereka bentuk Beg Tote Warisan OldTown yang beredisi terhad dan eksklusif bersempena dengan pembukaan Pusat Warisan OldTown.
- Chuen Mun Wai, salah seorang pembuat tanglung tradisional Cina terakhir di negara yang ditugaskan khas untuk mencipta lima tanglung untuk dipamerkan di tingkat bawah Pusat Warisan OldTown.
- Chin Choon Yau, seorang pelukis mural terkenal dari Ipoh yang telah melukis melebihi 300 mural yang menggambarkan adegan pemandangan kota dahulu.
- Lim Pui Wan, juga dikenali sebagai "Pico Worm", seorang artis yang mampu mencipta diorama yang keil dan realistik.
- Jeffrey Lim, seorang jurugambar serba boleh dan peminat warisan yang menyumbang dapur pembuatan kopi vintaj, koleksi cawan kopi antik, dan pemasangan foto "Keturunan Kopi Tradisional".
- Azmi Hussin, seorang artis karikatur dan pemegang rekod Malaysia untuk lukisan komik terpanjang di negara, "Saga Kami", pada tahun 2021.
Projek Kolaborasi Warisan Artis ini akan menjadi inisiatif berterusan untuk Pusat Warisan OldTown bagi menyokong serta membangunkan artis dan tukang tempatan. Justeru, kami akan meneruskan usaha mencari bakat-bakat baharu untuk memperbanyak koleksi seni di galeri ini," tambah Liew.
Dalam majlis perasmian ini juga OTWC telah memberikan plaq kenangan kepada semua penggiat seni yang terlibat dan juga pereka fesyen terkenal Melinda Ooi dikenang untuk sumbangan beliau untuk rekaan ‘ Cawan Kopi Ikonik OldTown Kopitiam’ .
Malah beliau juga yang mereka design tote bag yang kami dapat pada hari tersebut. Jangan risau ia akan dijual di OldTown Heriatge Centre nanti. Buat peminat Melinda Looi, korang boleh dapatkan limited edition tote bag ini.
OldTown Heritage Centre dibuka bersempena dengan Tahun Melawat Perak 2024 dan OTWC bersedia untuk menarik minat pelancong tempatan dan antarabangsa melalui sajian dan kopinya, serta tarikan galerinya yang istimewa.
Jom ramai-ramai kita ke “OldTown Heritage Centre” untuk merasai pengalaman menu makanan yang unik dan sedap dan juga dalam masa yang sama mengetahui sejarah OTWC.
Part Time Blogger
Niche Lifestyle, Parenting, Healthy, Beauty & Travel
Collaboration & Review Blogger
0 Comments
Terima kasih sudi tinggalkan komen. Moga dimurahkan rezeki semua. Tunggu saya terjah balik yer..:)