Twin Jets Resort Memberikan Pengalaman Menginap di dalam ‘Private Jet’

Twin Jets Resort Memberikan Pengalaman Menginap di dalam 'Private Jet'  |Assalamualaikum.


Korang pernah tak menginap atau staycation dalam kapal terbang? Rare kan? Biasa kita akan menginap di bangunan tinggi atau rumah. Tapi sebenarnya kita boleh menikmati pengalaman menginap dalam kabin kapal terbang in real tau. Dekat mana tu? Meh Marsha nak kongsikan dekat korang.

Twin Jets Resort Memberikan Pengalaman Menginap di dalam 'Private Jet'




Besar tak kapal terbang belakang kami tu? Ini bukan replika tau! Ini adalah kapal terbang sebenar iaitu Boeing 727 aircraft. Di Twin Jets Resort ni menampilkan 2 unit pesawat kargo Boeing 727 aircarft yang telah ditukar menjadi suite yang berada di kedua-dua belah bangunan terminat dan dinamakan Gold Class Jet & First Class Jet. Berlokasi di Lenggeng atau lebih tepat lagi berdekatan Broga memberikan pengalaman menginap yang indah kerana kita dapat tengok pemandangan Bukit Broga dari bawah.

Twin Jets Resort adalah destinasi percutian yang luar biasa, menawarkan pengalaman yang tiada tandingannya dengan penginapan di dalam private jet. Resort ini bukan sahaja mmemberikan pengalaman mewah kepada pelanggan tetapi juga memberikan pengalaman yang unik dan eksklusif. Terletak di lokasi yang strategik dengan pemandangan menakjubkan, Twin Jets Resort adalah pilihan yang sempurna untuk mereka yang ingin merasai kemewahan dan ketenangan dalam satu pakej.

Kemudahan Bertaraf LIMA BINTANG


Twin Jets Resort menawarkan pelbagai kemudahan istimewa untuk memenuhi keperluan dan kehendak setiap tetamu mereka. Resort ini juga mempunyai kolam renang yang menawarkan pemandangan menakjubkan. Tetamu boleh berenang sambil menikmati pemandangan alam sekitar yang menakjubkan.  Juga ia menawarkan kemudahan lain seperti 

📝 Function hall (120 pax)
📈 Open air function hall (130 pax)
🍗 BBQ pits
👭🏻 Team building games (20 games)
🎤 Karaoke (inside Jets & Villa only)
🏀 Basketball 
🏋🏻‍♀️ Gym
🏊🏻‍♀️ Swimming pool
🎱 Pool snooker
🀄 Mahjong
📖 Reading area
🛝 Child playground
🚲 Bicycle


Twin Jets Resort memecahkan The Malaysia Book of Records


Pada 30 Mac 2021, Twin Jets Resort  berjaya memecahkan “The Malaysia Book of Records” dengan membina sebuah rumah setingkat dengan keluasan 1250 meter persegi, terdiri daripada 1 ruang tamu, 3 bilik tidur dan 3 bilik air, dengan tempoh 87 jam dan 43 minit. Menarik kan? Jadi kalau korang ke sini memang wajib bergambar depan rumah ni tau.




Keistimewaan Private Jet di Twin Jets Resort



Menginap di dalam private jet di Twin Jets Resort adalah pengalaman yang luar biasa. Setiap private jet diubah suai dengan teliti untuk memberikan keselesaan maksimum dan suasana mewah. Dengan reka bentuk dalaman yang moden dan sofistikated, setiap sudut jet ini menggambarkan keanggunan dan kemewahan.

Interior jet dilengkapi dengan kemudahan terbaik. Ruang tamu yang luas memberikan keselesaan untuk berehat sambil menikmati pemandangan dari tingkap jet. Katil empuk dan bilik mandi peribadi menambah lagi keselesaan, menjadikan pengalaman menginap lebih menyeronokkan. Setiap private jet juga dilengkapi dengan sistem hiburan canggih, memastikan tetamu tidak akan bosan sepanjang penginapan mereka.



Disebabkan Gold Class Jet & First Class Jet ni sama je dia punya kemudahan. Jadi Marsha review salah satu tau. Nak naik tangga pun dah excited tau!…hihi. Jom kita tengok view dalam Gold Class Jet ni.


Ruangan sesuai untuk mesyuarat atau private party

Tempat rehat dan bersembang



Kalau korang nak tahu, Gold Class Jet ini boleh memuatkan 6 pax hingga 8 pax dewasa dan ia mempunyai 2 bilik tidur dan 3 bilik air. Kedua-dua bilik sangat selesa dan dilengkapi dengan penghawa dingin, almari dan banyak lagi.

Bilik 1


Bilik 2

Ruang istirahat dengan set karaoke, meja pool dan bar mini telah dipasang sebagai ganti trek kargo dan palet.

Ruang makan yang sangat luas


Tempat menonton televisyen dan karaoke




Dalam ‘Private Jet’ ini juga disediakan papan snuker

Selain itu, tingkap jet menawarkan panorama alam yang menakjubkan, memberi peluang kepada tetamu untuk menikmati keindahan semula jadi dari ketinggian. Ini memberikan pengalaman unik dan berbeza daripada penginapan biasa. Penataan cahaya yang bijak dan dekorasi yang elegan menambah lagi suasana romantik dan eksklusif, menjadikan ia pilihan yang sempurna untuk percutian pasangan atau keluarga yang inginkan kelainan.

Dibahagian kepala Gold Class Jet ini dikekalkan interior asal pesawat kargo Boeing 727 aircarft . Jadi boleh la kita menikmati pengalaman membawa pesawat kargo Boeing 727 aircarft dengan baju pilot dan pramugari yang telah disediakan.

Interior di bahagian kepala pesawat kargo Boeing 727 aircarft 


Costume pilot & pramugari


Jenis Bilik yang ada di Twin Jets Resort

Korang jangan ingat di Twin Jets Resort hanya ada private jet suite sahaja. Ada pelbagai jenis bilik yang ditawarkan oleh Twin Jets Resort seperti 19 buah Deluxe Cabin Suite yang boleh memuatkan 4 pax dan juga 1 Malaysia Book Of Records Villa (3 bedrooms, 3 bathroom) yang boleh memuatkan 10 pax .

Deluxe Cabin Suite




Luas kan bilik Cabin Suite

View luar bilik

Balkoni

Bilik air


Malaysia Book Of Records Villa





Room Rate

🚚 Deluxe Cabin Suite (1 bedroom, 1 bathroom) 4 pax 
19 units available 
Non Peak : RM 350
Peak : RM 450

🏚️ Malaysia Book Of Records Villa (3 bedrooms, 3 bathroom) 10 pax 
01 unit available 
Non Peak : RM 1200
Peak : RM 1600

✈️ Jet (2 bedrooms, 3 bathroom) 6 pax  
02 units available 
Non Peak : RM 1600,
Peak : RM 2000

Remarks :
Peak Season = Friday, Saturday, School Holiday, Eve Public Holidays, Public Holidays


Kesimpulan


Menginap di Twin Jets Resort dalam private jet adalah pengalaman mewah yang tidak ternilai bagi Marsha. Gabungan suasana mewah, kemudahan bertaraf lima bintang, perkhidmatan peribadi yang cemerlang, dan lokasi strategik menjadikan resort ini pilihan ideal untuk percutian yang istimewa. Sama ada untuk percutian romantis, percutian keluarga, atau sekadar mencari ketenangan, Twin Jets Resort menjanjikan pengalaman yang akan dikenang sepanjang hayat.


Untuk korang yang mengimpikan percutian unik dan mewah, Twin Jets Resort adalah destinasi yang sempurna. Nikmati pengalaman eksklusif menginap dalam private jet dan biarkan diri anda dimanjakan dengan kemewahan dan keindahan yang ditawarkan. Dengan pelbagai kemudahan dan aktiviti yang disediakan, setiap saat di Twin Jets Resort akan menjadi kenangan yang manis dan tidak dapat dilupakan.


Bagi mereka yang mencari kelainan dan kemewahan dalam percutian, Twin Jets Resort adalah jawapannya. Penginapan dalam private jet memberikan pengalaman yang luar biasa, menggabungkan keselesaan, keanggunan, dan keunikan yang tiada tandingan. Setiap detik di resort ini dirancang untuk memberikan keseronokan dan kepuasan maksimum, memastikan tetamu meninggalkan resort dengan senyuman dan kenangan indah.


Tidak kira apa jua tujuan percutian anda, sama ada untuk berehat, merayakan detik istimewa, atau sekadar melarikan diri dari kesibukan harian, Twin Jets Resort adalah destinasi yang memenuhi segala keperluan dan kehendak anda. Dengan segala yang ditawarkan, tidak hairanlah Twin Jets Resort menjadi pilihan utama bagi mereka yang mencari pengalaman percutian yang mewah dan luar biasa. 

Macamana Nak Booking Private Jet di Twin Jets Resort?

Cara nak booking private jet ni senang je. Korang boleh terus ke website Twin Jets Resort untuk booking bilik pilihan korang. Jangan lupa masukkan promo kod dibawah untuk dapatka 5% diskaun dari booking korang tau. Special untuk korang yang gunakan kod promo Marsha dibawah.

Bukan hanya untuk Private Jet tau! Mana-mana booking korang boleh je guna kod promo untuk dapatkan diskaun 5% ok!

Website booking link : https://twinjetsresort.com.my/
Promo code : TJRMARSHALIZADOTCOM


Happy holiday ya!!


Marsha 
Part Time Blogger 
Niche Lifestyle, Parenting, Healthy, Beauty & Travel 
Collaboration & Review Blogger

0 Comments

Subscribe Us