Main Free Online Culinary Games di culinaryschools.org

Main Free Online Culinary Games di culinaryschools.org | Assalamualaikum. Tua-tua masih main game lagi? Main game ni buka kira umur tau...hahaha. Marsha dah ada anak 3 ni pun layan je main game. Bukan nya budak-budak dan remaja je main game ni. Cerita bab game ni kan, Marsha nak share dengan korang game online yang FREE yang korang boleh main if korang dah boring main game yang korang selalu main tu. Pernah dengar tak Culinary School Kids Games? Kalau korang nak tahu ada bermacam jenis games dekat sini. Anak-anak pun suka main dan dorang seronok sangat. Banyak juga games yang sesuai untuk kanak-kanak.

Main Free Online Culinary Games di culinaryschools.org



Anak-anak Marsha ni pantang ada free game online. Memang laju je main dan explore. Jadi Marsha hanya pantau je games yang sesuai untuk kanak-kanak. Kebanyakkan game sekarang ni berbayar. Jadi kalau dapat main game online free ni memang seronok la anak-anak sebab dapat main puas-puas...hihi.

Banyak jenis game yang ada di Culinary School Kids Games ni tau. Terbahagi kepada 4 yang utama iaitu Food Education Games, Serving Eaters, Other Fun Food-theme Games dan Brain Games. Jom kita tengok:




banyak kan? Boleh je pilih mana yang kita suka. Bercakap pasal game yang kita suka ni, Marsha nak share jugaklah dengan korang games online free yang Marsha dan anak-anak suka...jom...

1. Food Education Games -  The Boiled Eggs 


Games ini mendedahkan kita pengalaman untuk masak beberapa jenis telur seperti Soft Boiled Eggs dan juga Half Boiled Eggs. Yang menariknya ia bermula dengan satu periuk dan setiap periuk akan bertambah mememerlukan kita untuk memantau kesemua periuk supaya semua telur itu sempurna dimasak. Memang menarik. Anak-anak kecil pun boleh main.



2. Food Education Games - Bento Box


Games ini sangat sesuai untuk anak-anak kecil dibawah 5 tahun. Sebab ia memberikan kemahiran untuk anak-anak marsha belajar cara nak letak bento box yang sesuai. Marsha pun leka main game ni sebab comel...hihi



3. Serving Eater - Burger Now


Burger Now pula adalah permainan kaunter makan tengah hari di mana kita sebagai pelayan perlu menyusun bahan sandwich bersama-sama dengan mana-mana bahagian yang diperlukan oleh pelanggan dan kemudian dengan cepat menghidangkannya kepada pelanggan yang menunggu. Semakin lama semakin ramai pelanggan dan menguji kepantasan kita. Memang best!


Memang seronok main ketiga-tiga games ni sampai leka kami dibuatnya....hihi. 


Kelebihan Main Free Online culinaryschools.org

1. Games Online tak Perlu Download

Games di culinaryschools.org ni tak perlu nak download. Boleh je main secara online.

2. Storage Telefon Bimbit Tak Penuh


Paling best games culinaryschools.org ini tak perlu download. Kita boleh main terus je. Jadi tak ada masalah storage penuh.

3. Tiada Iklan


Sepanjang Marsha dan anak-anak main ni memang tak ada iklan langsung walaupun ia free online games. Memang seronok.

4. Pelbagai Pilihan Katagori

Games yang ada ada 4 kategori dan setiap kategori itu banyak pilihan. Boleh pilih mana yang kita suka dan juga boleh sesuaikan dengan anak-anak kita juga.

Selain games, Culinary Schools juga ada pelbagai pilihan lain juga seperti:


Marsha 
Part Time Blogger 
Niche Lifestyle, Parenting, Healthy, Beauty & Travel 
Collaboration & Review Blogger

0 Comments

Subscribe Us